Tawadhuk dan khusyuk demi mendapat pujian

Tawadhuk dan khusyuk demi mendapat pujian

Kata Imam Ibn Rajab al-hanbali rahimahullah ada sebahagian orang yang merendahkan dirinya di hadapan manusia semata-mata sekadar untuk mendapatkan pujian daripada mereka.

# Rugilah orang yang merendahkan diri kerana manusia lalu Allah pun menambahkan kehinaan kepadanya.

Tetapi orang yang merendahkan diri kepada Allah dengan ikhlas maka dia akan ditinggikan kedudukannya dengan sebab ketaatan dan tawadhuknya.

Seorang alim ditanya;

هل يبكي المنافقُ؟ فقالَ: يبكي من رأسِهِ، فأما قلبُهُ فلا
Adakah orang yang munafik itu mampu menangis (kerana Allah)?

Beliau pun menjawab, mereka sekadar menangis luarannya namun hatinya sama sekali tidak mampu menangis.

~ Itu kerana hatinya telah mati!

🖊☕

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...