AKU LAH JALAN ITU

AKU LAH JALAN ITU
Jika engkau tidak mempunyai ilmu dan hanya prasangka,
milikilah "PRASANGKA YANG BAIK" tentang Tuhanmu.
Itulah jalannya....
Jika engkau hanya mampu merangkak, maka merangkaklah kepada-Nya.
Jika engkau tidak mampu berdoa dengan khusyuk,
maka persembahkanlah doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan itu....
Kerana Tuhan, dalam Rahmat-Nya.....
Akan tetap menerima keping wang palsumu itu..
Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan, maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja. Itulah caranya....
Wahai Pejalan....
Biarpun telah seratus kali engkau engkar janji, datang dan datang lagi.....
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terperosok ke jurang....
ingatlah kepada-Ku, kerana sesungguhnya Aku-lah jalan itu.”

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...