Sedikit Tazkirah
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.
Tetapi bila ikan sudah mati,
Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah juga HATI kita,
HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai. Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi !
Lahirmu : dilahirkan oleh org lain.
Namamu : dinamakan oleh org lain.
Pelajaranmu : diajar oleh org lain.
Pendapatanmu : diberikan oleh org lain.
Hormat : diberi oleh org lain.
Mandian pertama dan terakhirmu : dimandikan oleh org lain.
Selepas mati : Segala harta dan hakmu dimiliki org lain.
Pengkebumianmu : dibuat oleh org lain.
Mana kita punya?
Namun, masih ada rasa ego, sombong, tunjuk hebat dan keras hati.
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita
No comments:
Post a Comment