Asas Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah

Asas Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah
1. Akidah ASWAJA adalah akidah tanzih (menyucikan Allah daripada segala kekurangan) iaitu tidak tasybih (menyamakan Allah dengan makhluk), tidak takyif (membagaimanakan zat Allah seperti duduk, bertangan, bermata, bermuka, berbetis, bertempat, naik turun), tidak ta'thil (menafikan Allah bersifat dengan segala sifat kamaalat/kesempurnaan).
2. Allah tidak sama dengan sesuatupun pada zat, sifat dan perbuatan. Sepakat para ulama' ASWAJA kafir mereka yang menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk.
3. Sifat mendengar, melihat, berkata-kata Allah tidak sama dengan makhluk dan tidak boleh diqiaskan dengan tangan, kaki, betis kerana tangan, kaki dan betis bukan sifat tetapi anggota badan yang menjisimkan Allah.
4. Menafikan Allah bersifat mendengar melazimkan sifat berlawanan iaitu pekak. Mustahil atas Allah pekak. tetapi menafikan Allah mempunyai anggota tangan tidak melemahkan Allah bahkan membawa kepada kesempurnaan zat Allah dan sifatNya yang tidak sama dengan makhluk.
5. Persamaan pada penggunaan lafaz tetapi berbeza pada makna itu dibenarkan kerana Allah menggunakan bahasa makhluk untuk menjelaskan tentang zat, sifat dan af'aalNya yang maha sempurna. Sebagai contoh kita mengatakan Allah Maha Besar. Ia tidak membawa makna Allah besar daripada sudut size tetapi besar daripada sudut keanguangan Allah.
6. Ayat atau hadith mutasyabihah yang membawa makna Allah menyerupai makhluk sepakat salaf dan khalaf bukan makna zahir. Boleh pilih samada method menyerahkan makna kepada Allah (tafwidh) atau memalingkan dengan makna yang layak dengan kesempurnaan Allah (takwil). Kedua-duanya adalah methodology yang diterima di dalam aliran Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
7. Bersalahan dengan golongan mujassimah yang menetapkan makna zahir kepada ayat mutasyabihah bahkan mereka melampui sehingga mengatakan tangan Allah seperti tangan kita.
8. Beriktiqad اليد dengan makna tangan anggota adalah tidak layak bagi Allah sekalipun mengatakan tangan Allah tidak sama dengan makhluk kerana anggota adalah zat (batang tubuh) makhluk. Ia membawa menyamakan atau menyerupakan Allah dengan makhluk.
9. Ulama' ASWAJA sepakat menafikan Allah beranggota, diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang) dan bertempat kerana ia membawa menjisimkan Allah.
10. Beriktiqad Allah bertempat, diliputi oleh masa dan arah dan beranggota dengan tangan, kaki, betis, muka membawa kepada makna menjisimkan Allah dan ia membawa kepada kekufuran (murtad) kerana telah mensyirikkan Allah dengan makhluk.
Nukilan oleh;
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...