_Kisah si penyapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek_
Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
- malam yang lepas kami bertemu.
- dia datang ke rumah saya.
- dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
- rumah Flat di Sentul
Tuan²...Subhanallah..
- apa kisah hidup dia ni?
- Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
- kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
- tuan² apa yg berlaku?
- kawan dia ni sentiasa hina dia.
- Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
- tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
- anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
- dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
- jumlah RM 6 ribu sebulan.
- Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
- lebih mulia dari saya.
- dia hanya sapu sampah... Allahuakhabar...
- tapi hati dia mulia.
- tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
- agak² lah apa yang dia buat?
- dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
- tolong bayar duit deposit rumah.
- cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.
- tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
- satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
- org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
- anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
- tp dia kata: "ustaz, drpd naik BMW... saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
- apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
- anak dia tak pernah sakit tuan².
- kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
- zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh... semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
- bak kata orang cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.
Kalau menunggu flight tanpa tiket, pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.
Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud
Bagaimana pula dengan manusia...yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?
Senyum selalu...
Selalu bersangka baik...
InsyaAllah hati tenang...
Copy Dr group sebelah,semoga ada keinsafan.
No comments:
Post a Comment