BERSOLAT DENGAN MEMIKUL BEBAN
Kisah pemuda yang dianggap gila dan jemaah Masjid
Kisah pemuda yang dianggap gila dan jemaah Masjid
Seorang pemuda yang dianggap gila telah memasuki sebuah masjid. Pada waktu itu para jemaah sedang mahu memulakan solat namun begitu tindak-tindak pemuda tersebut menarik perhatian mereka. Dia berjalan melalui setiap orang sambil bereaksi dengan wajah hairan dan terperanjat. Tidak lama kemudian pemuda tersebut keluar dari masjid dan kembali semula ke saf dengan memikul seikat kayu dibelakangnya. Perbuatan tersebut lebih membuat para jemaah terganggu.
Menyedari keadaan tersebut Imam masjid mendekati pemuda itu dan menegurnya,"Wahai anakku, bolehkah kamu bersolat dalam keadaan begini? Lain kali jika mahu bersolat sila tinggalkan kayu2 yang kamu pikul itu. Ia bukan sahaja menganggu dirimu bahkan jemaah2 lain yang mahu bersolat."
"Bukankah ini adat kamu semua? Sepatutnya Imam bukan hanya tegur saya seorang tetapi semua yang ada di sini." Kata pemuda itu kehairanan sambil disambut tawa para jemaah kerana bagi mereka, sungguh benarlah pemuda itu gila.
"Adat kami? Apa maksudmu wahai anak muda?" Soal Imam.
"Semasa saya masuk ke masjid hendak dirikan solat berjemaah tadi saya lihat setiap orang ada memikul beban. Kerana itu saya keluar dan memikul kayu api di belakang saya." jelas si pemuda.
Para jemaah ketawa lagi dengan jawapan tersebut. Ada yang sudah memberi isyarat tidak perlu dilayan pemuda itu kerana dia gila. Namun pemuda tersebut menjelaskan lagi. "Perhatikan tuan2! Semua orang sedang memikul beban yang aneh2 di sini. Orang ini memikul seorang anak bermata biru, orang ini memikul pintu yang sudah rosak, orang ini memikul buah epal, orang ini memikul bekas makanan, orang ini memikul seorang wanita dan orang ini memikul seorang tua yang sudah tua."
Mendengar penjelasan pemuda daripada tersebut barulah sebilangan jemaah terdiam sambil memandang antara satu sama lain sementara pemuda itu berkata lagi,"Sia-sia sahaja semua ini!"
Sebenar apa yang diperkatakan oleh pemuda yang disangka gila itu adalah sangat benar dan tepat malah diakui sendiri oleh para jemaah bahawa ada antara mereka yang bersolat tetapi masih memikirkan anak mereka, ada yang memikirkan kebunnya, ada yang sedang memikirkan pintu rumahnya yang rosak, ada yang memikirkan persiapan memasak dan pelbagai lagi. Semuanya tunduk insaf dengan kebenaran yang diperkatakan.
Selang beberapa lama, Imam masjid pula bertanya kepada pemuda tersebut dengan nada khuatir, "Anakku, apakah aku juga ada memikul beban yang aneh dibelakangku?"
"Ya, begitulah," jawab pemuda itu dan kemudiannya menyambung lagi,"Bahkan aku merasa hairan kerana apa yang dipikul olehmu lebih aneh lagi! Wahai imam, aku dapati ada seekor lembu dibelakangmu!"
"Ya ALLAH!"
Ternyata itu adalah benar kerana lembu peliharaan sang Imam sedang sakit sehingga dia sentiasa berfikir apakah lembunya akan mati.
#Kisahdalamkuliah
No comments:
Post a Comment