“Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
♡MUTIARA HATI♡
*RAHSIA ALLAH*
“Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba.
Rahsia ini tidak diketahui oleh Malaikat sehingga ia tidak dapat mencatatnya, dan tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tidak dapat merosaknya, serta tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga ia tidak boleh menyelewengkannya."
"Zikir itu bukan membilang-bilang tasbih. Zikir itu juga bukan juga laju atau lambat.
Hakikat zikir itu adalah mengingati Allah. Memandang Allah.
Hakikat zikir itu adalah, yang memberi kesan kepada hati."
"Janganlah  mencari Allah ketika  memerlukan jawapan. Tetapi carilah Allah ketika  tahu bahawa Allah-lah jawapan yang di perlukan"
"Ketika kita menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab, kita akan mula memahami kasih sayang Allah kepada kita tanpa syarat"
" Kehidupan ini adalah ketentuan dan  atas kehendak Allah , maka laluilah perjalanan di dunia ini atas kesedaran  agar sentiasa redha terhadap kehendak dan ketentuan Allah"
" Barangsiapa mengenal dirinya, maka ia akan sibuk memperbaiki dirinya tanpa mempedulikan cacat dan aib orang.
Dan barangsiapa mengenal Allah, maka ia akan sibuk dengan Allah dan meninggalkan ajakan hawa nafsunya."
" Jika kita membaca sesuatu dan tidak dapat memahaminya, atau hatimu tidak hadir sewaktu membacanya, maka ulangilah lagi di waktu yang lain.
Sebab setiap waktu memiliki rahsia yang berbeza."
LAILAHAILLALLAH

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...