Kau bila nak kahwin

"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je. Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan dihati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat iaitu agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Aku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang telah couple berpuluh kali pun boleh. Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa. Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan. Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau cuba untuk pimpinnya ke arah yang lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan. Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa.
Di kala suami yang lain berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu.
Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan.
Kau harus tahu, didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik' cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau. Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit. Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga kau letih sendiri. Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah, heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama seseorang lelaki itu yang lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha penat lelah mendidik nanti, ada secebis penghargaan untuk yang bernama suami. Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan ku jawab balik pada diri sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang sepatutnya."
Baru sedia untuk nikah....

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...