Sikap Orang Berhati Bersih (Orang Roh)

Sikap Orang Berhati Bersih (Orang Roh)

Sikap seorang yang bersih hatinya , Senang saja dengan manusia didalam pergaulannya,

Hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia,

Boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan hatinya terpelihara,
Dia tidak dapat dicorak oleh (kerosakan) masyarakatnya,

Sentiasa berlapang dada sering bertolak ansur sesama manusia,
Dengan karenah manusia dia berlapang dada menerimanya,

Kesalahan dan kesilapan manusia dia mudah memaafkanya,
Kalau dia bersalah, mudah pula meminta maaf kepada mereka,

Berimbang rasa, rasa bersama bekerjasama sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama,

Sanggup bersusah payah kerana orang yang memerlukan tenaga dan bantuannya,

Boleh menanggung penderitaan tidak menyusahkan orang,

Hatinya susah kerana kesusahan orang ,
Rasa senang kerana kesenangan orang,

Kelebihan orang dia tidak hasad dengki,

Kemiskinan orang atau kelemahannya tidak pula menghinanya,

Suka menolong orang selagi mampu mengusahakannya,

Susah hatinya kalau hajat orang tidak dapat ditunaikannya,

Dia gelisah (tidak gembira) dengan dunia,

Berdisplin orangnya,

Hatinya tenang dengan dunia rasa bimbang dengan Akhiratnya,

Baik sangka dengan orang atau manusia ,

Kalau dia nampak orang ada cacat celanya dia takwil untuk membaiki hatinya,

Hatinya berkata, 'Dia bersalah di dalam kejahilan aku bersalah didalam berpengetahuan',
Mungkin dia tidak sengaja atau dia terlupa ,

Setiap takdir Tuhan dia redha ,

Ujian, sabar menerimanya,

Mendapat rahmat dan nikmat dia malu dengan Tuhannya,

Syukurnya sangat ketara kerana rahmat dan nikmat Tuhannya,

Tawadhuknya jadi budaya hidupnya, sangat ketara di dalam pergaulannya,

Jarang ada manusia begini gambaran hidupnya,

Kalau ada macam gagak putih ditengah gagak hitam, jarang ada..

( ASIAMAT )

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...