GELISAH YANG BAIK

GELISAH YANG BAIK

Hati manusia adalah sesuatu yang sentiasa berbolak-balik, kadang mantap, kadang ragu, kadang tenang; kadang gelisah.

Gelisah kerana urusan dunia adalah gelisah yang menyeksa dan semestinya kita hindari.

Kerana gelisah urusan dunia adalah gelisah yang menjerumuskan kita pada kesesatan, misalnya gelisah takut kehilangan pangkat, gelisah takut harta kekayaan berkurang dan sebagainya.

Namun, ada gelisah yang baik iaitu gelisah kerana urusan akhirat seperti gelisah sebab takut tidak ditolong ALLAH, gelisah kerana solat Subuh kesiangan, gelisah tertinggal solat berjemaah, gelisah merasa masih sedikit amal kebaikan, gelisah berbuat maksiat.

Inilah gelisah yang baik kerana menandakan fitrah di hati kita masih berfungsi dengan baik

Jika gelisah yang seperti ini tidak ada di hati kita maka itu adalah tanda kita sudah terlalu jauh tenggelam dalam lumpur dosa yang hitam pekat, sehingga membuat hati kita tidak lagi peka.

Hati kita telah terbiasa dengan dosa, hati kita sudah keras untuk ditembus oleh kesejukan nasihat.

Oleh itu, kita perlu sentiasa berikhtiar agar memiliki hati yang peka, hati yang sentiasa gelisah saat menjauh dari ALLAH, hati yang sentiasa memberikan peringatan ketika kita tersesat jalan atau terlupa.

Berbahagialah orang yang memiliki hati seperti ini, kerana inilah hati yang akan dilimpahi ketenangan oleh ALLAH.

Semoga kita termasuk orang-orang yang memiliki kejernihan hati, sehingga sentiasa condong kepada ketaatan kepada ALLAH, dan sentiasa  gelisah manakala jauh dari-NYA.

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...