Dalam hidup ni, bila kena puji,
jangan perasan, bila kena kutuk,
jangan terkesan.
Pujian dan kutukan, semua tu ujian. Ia hadir untuk menguji KEIKHLASAN.
Bila nak berubah, kena kutuk, jangan tak jadi pulak nak berubah. Bila berubah, kena puji, jangan rasa diri hebat pulak.
Ramai orang hanyut dengan pujian, lalu dia buat semua benda untuk mengejar pujian dan nama.
Ramai orang tenggelam dengan kutukan, hingga kena kutuk sikit, terus berpaling tadah dari jalan perubahan.
Kawan.
ISTIQAMAH akan hadir bila ikhlas tersemat di hati.
Buat semua benda biar kerana ALLAH. Tujuannya ALLAH. Untuk ALLAH.
Orang yang hidupnya untuk ALLAH, dia akan bermati-mati buat benda yang ALLAH redha, walaupun perkara tersebut di tentang oleh manusia lain.
Di seksa, di kutuk, di caci maki, di halau, di pulau, di hina, di bunuh, dan sebagainya.
Namun, sikit pun mereka tak berpaling dari jalan ALLAH.
Kerana mereka tahu, hanya dengan ikhlas dan istiqamah sahaja jalan untuk menuju Syurga.
Kawan.
Bila kau nak jatuh akibat di hina, ingat, kita ni bukan baik sangat untuk nak kena puji. Anggap je la semua caci maki manusia tu pemangkin untuk kita jadi lagi baik. Tak rugi pun kalau sabar. Jangab jatuh. Ada ramai lagi orang yang bukan takat kena kutuk, tapi kena lagi teruk lagi. Tapi mereka mampu atasinya.
Bila korang rasa hebat bila kena puji, ingat, ALLAH simpan aib korang, sebab tu la orang puji. Bayangkan kalau aib korang tersebar, rasa-rasanya ada orang nak puji korang tak? Sebab tu tak payah bangga lebih-lebih. Bila kena puji, cepat-cepat kembalikan pujian pada ALLAH. ALLAH sahaja yang layak di puji.
So, rileks je. Kena kutuk, jalan. Kena puji, jalan.
Doa banyak-banyak supaya ALLAH bagi kita semua kekuatan untuk ikhlas dan istiqamah.
Moga Syurga buatmu sahabat!
Karya/Kredit art : @arthaziq328_
-
╔════ೋღღღೋ═══╗
ღ @Lukisan_Dakwah.my ღ
╚════ೋღღღೋ═══╝
👉DIPERSILAKAN 👈
❣ Lɪᴋᴇ | Cᴏᴍᴍᴇɴᴛ | Sʜᴀʀᴇ | Tᴀɢ ❣