JANGAN PUTUS SILATURRAHIM KERANA KERENAH MANUSIA. HADAPINYA DENGAN BERHEMAH

JANGAN PUTUS SILATURRAHIM KERANA KERENAH MANUSIA. HADAPINYA DENGAN BERHEMAH.

Kerana Silaturrahim banyak membawa Faedah dan Makna kepada kita. Jika kita sorot ia banyak ertinya dan mengandungi Berbagai Karakter Manusia yang Membuat Kita Menjadi CERDIK dalam menilai dan berhadapan dengannya:

1. Ada TEMAN yang bersifat KERAS...
dari dialah yang mendidik kita untuk berani dan bersikap tegas serta TAHAN LASAK.....

2. Ada TEMAN yang LEMBUT,
dialah mengajar kita cinta dan kasih sayang terhadap sesama makhluk...

3. Ada TEMAN yang DUNGGU dan BODOH,
dari dialah membuat kita berfikir bagaimana agar kita bersikap prihatin dan beri perhatian terhadap orang lain...

4. Ada TEMAN yang tidak boleh dipercayai dan kata-katanya sukar dipegang kebenarannya,
dari dialah yang membuat kita berfikir dan merasa betapa tidak baiknya bila dikhianati,
maka belajarlah untuk menjadi orang yang amanah dan dapat dipercayai.

5. Ada TEMAN yang JAHAT yg hanya ambil kesempatan memanfaatkan dirinya melalui kebaikan orang lain saja, 
dari dialah  kita dapat belajar bagaimana kita bertindak dan dapat berbuat banyak kebaikan,
namun tetap dalam keadaan waspada (agar tidak ditipu)...

• Setiap karakter manusia di atas jika kita PEKA dapat mendidik kita, bagaimana sebaiknya kita patut bersikap...
untuk mencari keredhan Allah..

Kata Hukamak: "Besi menajamkan besi dan  manusia  menajamkan sesamanya."

Tanpa golongan orang  seperti di atas itu kita mungkin terlena dalam zon nyaman & fikiran tidak berkembang.

Oleh itu, bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan dan terimalah setiap orang yg pelbagai ragam dalam hidup kita.

Kerana Allah tidak pernah silap mempertemukan kita dengan sesiapa pun, cuma terserah kepada kita bagaimana cara kita menghadapi dan mengurusnya.

Karakter orang seperti di atas tadi juga secara tidak langsung selain melatih kita bersabar, juga membuat kita semakin DEWASA & BIJAKSANA

Ketika ada orang bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada di depan mereka

Saat orang bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi dari mereka

Saat orang bicara dengan nada irihati mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh lebih baik dari mereka.

Saat orang bicara buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka.

```☂Payung tidak dapat menghentikan hujan, tetapi Dengan Payung membuat kita boleh berjalan merentas hujan lebat untuk mencapai Tujuan.✊```

Orang pintar pernah gagal,
Orang  hebat pernah jatuh,
Tetapi orang yang RENDAH HATI & SABAR
dalam segala hal akan selalu mendapat jalan untuk menempatkan diri dengan seimbang kerana KETEGUHAN PENDIRIANNYA...

SEMOGA KITA SENTIASA BERSABAR DAN RENDAH HATI 😊

Salam Silaturrahim  ♥♡♥

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...