Rahsia menjadi orang yang sentiasa baik dan penyayang.
Pada satu hari, ada seorang pemuda berjumpa seorang guru yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya.
Pemuda : wahai tuan guru, boleh tak bagitahu bagaimana saya boleh menjadi seperti tuan guru. Saya tengok tuan guru tak pernah marah. Sentiasa tersenyum dan penuh kasih sayang. Apa RAHSIA tuan guru?
Tuan Guru : ermmm..saya tak tahu nak cakap apa rahsia saya, tapi saya tahu apa RAHSIA kamu.
Pemuda: apa rahsia saya?
Tuan Guru: dalam seminggu lagi kamu akan mati.
Oleh kerana pemuda ini sangat percaya pada tuan guru ini, maka pemuda ini terus pulang ke rumahnya dan berubah serta merta.
Dalam masa seminggu pemuda ini menyucikan dirinya bertaubat, solat, zikir dan mendekatkan diri dengan Allah. Dia melayani ahli keluarganya dengan kelembutan dan kasih sayang. Dia menyiapkan dirinya untuk mati.
Di hari ke tujuh, pemuda ini terbaring lemah di atas katil dan bersedia untuk mati. Dia menyampaikan berita kepada Tuan guru
Pemuda : Tuan guru, saya akan mati hari ini, tolong doakan saya.
Tuan guru : saya sentiasa mendoakan kamu. Cuba cerita sikit apa yang kamu buat sepanjang minggu ni? Adakah kamu marah-marah pada anak dan keluarga kamu?
Pemuda: mestilah tak Tuan guru. Saya hanya ada masa seminggu bersama mereka. Jadi saya habiskan masa melayani mereka sebaiknya dengan penuh kasih sayang.
Tuan guru: jadi kamu dah tahu apa RAHSIA saya? Saya tahu saya akan mati bila-bila masa, jadi saya melayani semua orang dengan penuh kasih sayang.
#silakanshare #ehati #hargaiselagiada
No comments:
Post a Comment