Kuliah Syeikhuna Syeikh Abdullah Al Majzub..
03 November 2017 Bersamaan
14 Safar1439 h
Di Surau Azzakiriin, Petai Bubus..
KITAB AL-HIKAM SYARAHAN TOK PULAU MANIS
Dicatatkan oleh Ust Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
03 November 2017 Bersamaan
14 Safar1439 h
Di Surau Azzakiriin, Petai Bubus..
KITAB AL-HIKAM SYARAHAN TOK PULAU MANIS
Dicatatkan oleh Ust Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Kadang kala datang segala nur hidayah dan petunjuk daripada Allah itu ke dalam hati, namun hati itu penuh dgn athar dan segala keinginan nafsu maka kembali semula kerana nur itu tidak masuk kedalam hati yang kotor
Nur hidayah dan petunjuk Allah tidak masuk kedalam hati yang kotor...
Justeru itu kena suci dulu daripada segala kekotoran agar nur petunjuk masuk kedalam hati
Hati itu adalah hakikat atau tempat yang ditaruhkan daripada segala nur iaitu nur iman dan nur yaqin.
Orang yang buta tidak dapat pimpin orang buta...hanya orang yang celik dapat pimpin orang yg buta
Selesai kan dan hapuskan hatimu daripada segala sesuatu selain Allah nescaya dipenuhi Allah dengan segala makrifat dan rahsia
Apa yang dituntut kepada kita adalah menyucikan hati dengan banyak zikrullah
Hati anak Adam kotor umpama karat besi. Untuk menyucinya adalah dengan zikrullah..Hadis
Setiap sesuatu ada alat pencuci, pencuci hati adalah zikrullah..Hadis
Kekal hati dengan zikrullah.. Insya Allah
Rahsia hikmah, ilmu hikmah atau ilmu ladunni tidak akan dapat diperolehi dan dimiliki oleh orang yang hatinya berlumuran dengan agyar dan sesuatu selain Allah
Telah diwahyukan kepada nabi Isa as.
Bahawasanya Aku apabila telah Aku nyatakan atas hati hamba ku, maka tiada Aku dapati kasih kepada dunia dan akhirat nescaya aku penuhi dengan kasih Ku
Bahawasanya Aku apabila telah Aku nyatakan atas hati hamba ku, maka tiada Aku dapati kasih kepada dunia dan akhirat nescaya aku penuhi dengan kasih Ku
Segala makrifat dan rahsia itu datang masuk kedalam hati yang ada mata hati.
Kata Syeikh Ahmad Rifai ra..
Bermula makrifat itu tiga..
Hibah, malu dan jinak
Bermula makrifat itu tiga..
Hibah, malu dan jinak
Jangan kata lambat segala pemberian Allah tetapi katakan lambat diri mu berhadap kepada Allah
Jangan kata lambat datang segala hajat tetapi katakan jahat adab dirimu kepada Allah
Bermula rahsia Allah tiada akan masuk melainkan kedalam hati yang suci
Hak Allah dalam waktu itu dapat diganti apabila luput seperti solat, puasa. Namun hak yang wajib atasmu atas segala waktu tidak boleh ganti
Jika hendak berada pada hak yang awal maka hendaklah melaksana kan hak itu pada awal waktu
Jika berkehendak berada pada hak atas segala waktu maka hendaklah muraqabah segala nafsu pada setiap waktu
Kata Syeikh Abu Hassan al Sazali ra..
Bermula waktu bagi hamba itu empat perkara. .
Pertama dalam taat..
Kedua dalam maksiat..
Ketiga dalam nikmat
Keempat dalam bala
Bermula waktu bagi hamba itu empat perkara. .
Pertama dalam taat..
Kedua dalam maksiat..
Ketiga dalam nikmat
Keempat dalam bala
Barangsiapa yang berada dalam waktu taat maka hendaklah memandang nya adalah kurniaan Allah jua
Barangsiapa yang berada atau jatuh dlm maksiat maka hendaklah taubat
Barangsiapa ada waktu nya dalam nikmat maka hendaklah syukur dan ingat Allah
Barangsiapa ada waktu nya dalam bala maka hendaklah sabar dan redha atas segala ketentuan Allah tersebut
sabar itu tetap hati dalam ketentuan dan taqdir Allah
Tersebut didalam hadis Sabda Rasullullah saw..
Barangsiapa yang dikurnia maka syukur ia dan barangsiapa yang dicuba maka sabar ia dan barangsiapa yang dianiayai maka mengampun ia dan barangsiapa yang aniayai maka taubat ia
Barangsiapa yang dikurnia maka syukur ia dan barangsiapa yang dicuba maka sabar ia dan barangsiapa yang dianiayai maka mengampun ia dan barangsiapa yang aniayai maka taubat ia
Ditanya siapakah dia ya Rasulullah Saw..
Maka sabdanya sekalian mereka itu yang beroleh sentosa didunia dan diakhirat dan beroleh petunjuk didunia dan diakhirat
Maka sabdanya sekalian mereka itu yang beroleh sentosa didunia dan diakhirat dan beroleh petunjuk didunia dan diakhirat
Bermula segala hak Allah ada dalam setiap waktu
Firman Allah..
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada Ku
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada Ku
Bermula umur hamba itu medan segala amal yang soleh yang menghampirkan diri kepada Allah
Tersebut dalam hadis Rasulullah saw..
Tiada jua daripada satu saat yang datang atas hamba pada hal tiada ia menyebut ia akan Allah melainkan rugi pada hari kiamat
Tiada jua daripada satu saat yang datang atas hamba pada hal tiada ia menyebut ia akan Allah melainkan rugi pada hari kiamat
Orang yang paling menyesal diakhirat adalah orang yang masa didunia tidak ingat Allah
Sesungguhnya Allah tidak redha orang yang menjadi hamba selain Allah
Orang yang paling kuat adalah orang yang bergembira apabila dunia terlucut daripada nya
Barangsiapa yang kasih sesuatu dan tertambat dengan sesuatu maka jadilah hamba sesuatu
Barangsiapa yang kasih sesuatu maka jadilah hamba sesuatu. Barangsiapa yang kasih dunia maka jadilah hamba dunia.
Barangsiapa yang kasih Allah maka jadilah hamba Allah
Barangsiapa yang kasih Allah maka jadilah hamba Allah
Tiada memberi manafaat bagi Allah atas taatmu dan tidak memberi mudharat atas Allah atas maksiat mu kerana Allah itu maha kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu
وصل الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين
No comments:
Post a Comment