Mukjizat Puasa Melawan Barah

Pakar Barat Iktiraf

Dr Alexis Carrel, seorang pakar bedah dan ahli biologi Perancis yang juga penerima Anugerah Nobel dalam Fisiologi pada 1912 menyatakan dalam bukunya Man the Unknown“Frekuensi, keteraturan dan kecukupan makan dapat menghentikan sebuah fungsi yang memainkan peranan besar dalam kelangsungan bangsa manusia iaitu fungsi adaptasi dengan kekurangan makanan. Oleh kerana itu, sesekali manusia mesti berpuasa.”

“Puasa memiliki kesan bak tongkat sakti yang menyembuhkan penyakit akibat gangguan fungsi pencernaan dan pesakit yang diterapi pun melihat keajaiban luar biasa. Jenis penyakit berikutnya yang paling efektif disembuhkan dengan puasa adalah penyakit darah, kemudian penyakit tulang seperti reumatik.”

Dr Edward Dewey berjaya mengubati penyakit pada perut, busung air dan sejumlah radang di samping kelemahan dan kegemburan tubuh melalui terapi puasa. Ludwick Carnaro seorang ilmuan dari kota Bunduqiyyah (Itali) pada abad Renaissance ketika itu berusia 83 tahun menulis beberapa naskhah manfaat puasa.

Di Jerman, Dr Frederick Hofmann menemukan bahawa puasa boleh membantu mengubati penyakit epilepsi, bisul, kanser darah, katarak, tumor gusi, gusi berdarah dan borok pada mata. Beliau juga menyarankan para pesakitnya yang menderita penyakit apa pun untuk tidak mengambil sebarang bentuk makanan.

Di Rusia, Dr Peterfinia Minovdari Universiti Moskow dalam sebuah tesis pada 1769 menganjurkan untuk meninggalkan makanan secara total selama masa sakit dengan alasannya, “Puasa memberikan masa tenang pada perut yang memungkinkan orang sakit untuk melakukan pencernaan dengan seimbang begitu ia sembuh dan makan lagi.” Dr B.J. Sbaskiy dari universiti yang sama merumuskan, “Puasa memberikan ruang terjadinya peningkatan pengubatan dari dalam tubuh, tanpa suntikan dari luar. Dan ini adalah ubat penyembuh pelbagai penyakit kronik.”

Pada 1984, Dr Soliman dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa Ramadan. Berat badan mereka ditimbang di awal dan akhir Ramadan. Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar kortisol, testosterone, sodium, kalium, urea, glukosa, kolesterol dan asid lemak . Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr F. Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan. Berat badan mereka ditimbang dan pemeriksaan darah dilakukan untuk mengukur kadar glukosa, bilirubin, kalsium, fosforus, protein, albumin, hormon perangsang folikel, hormon perangsang tiroid, testosterone, prolaktin, hormone luteinizing, tiroksin-4 dan tiroksin-3 dilakukan sebelum Ramadan dan pada hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadan.

Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) meningkat. Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan. Dr Shahid Athar dalam Islamic Perspectives in Medicine menjelaskan perubahan tersebut memberi kesan baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak.

Sebenarnya sudah lama manfaat puasa ditemui kerana rumusan doktor terkenal di zaman Rasulullah SAW, Al-Haris bin Kaldah apabila ditanya tentang esensi ubat terbaik dan jawapannya ialah diet berpuasa kerana perut adalah rumah bagi segala penyakit. Sebab itulah Ibnu Sina dalam Al Qanun Fi Al-Tibb juga mengesyorkan manusia mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut. Ia sesuai dengan sabda baginda riwayat Bukhari dan Muslim, “Orang beriman makan dalam satu usus, sedangkan orang kafir makan dalam tujuh usus.”

Merehatkan Tubuh

Setelah tubuh digunakan sepenuhnya selama tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun, walaupun tidak digunakan berterusan selama 24 jam. Pengarang buku The Hygienic System Volume III: Fasting and Sun Bathing for Healing Disease, Herbert M. Shelton menyenaraikan manfaat berpuasa pertamanya kepada kerehatan fisiologi kepada semua anggota tubuh badan selain membuang toksik dan memperbaharui sel-sel tiru.

Buang Racun dan Toksik

Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses pembersihan atau detoksifikasi yang baik. Dr Mc Fedan seorang pakar perubatan antarabangsa menjelaskan, “Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekali pun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan berkumpul di dalam badan lalu menjadikannya seperti orang sakit dan membebankannya, maka keaktifannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin tersebut dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak pernah dialami sebelum itu”.

Toksin masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan memandangkan kebanyakan makanan pada masa ini mempunyai toksin melalui bahan-bahan penambah perisa, pewarna, pengawet dan bahan kimia lain. Malah toksin juga terkandung dalam udara yang tercemar. Akhir sekali, toksin turut dihasilkan dari dalam tubuh iaitu sisa-sisa pembakaran melalui sel-sel yang mengalir dalam darah seperti gas karbon dioksida, urea, keratin, ammonia, sulfur, asid urik, sisa-sia makanan yang telah dihadam dan gas-gas beracun yang terhasil daripada penapaian dan pembusukkan makanan seperti indole, skatole dan fynole.

Malah ia melindungi tubuh dari pembentukkan batu karang dengan peningkatan kadar natrium dalam darah dan unsur polina dalam air kencing yang akan menghalang penghabluran garam-garam kalsium yang akan membentuk batu-batu kecil di saluran air kencing.

Pembaharuan Sel-Sel Tisu

Seorang saintis pakar, Upton Sinclair berkata, "Perkara terbesar yang diberikan kepada kita melalui berlapar, ialah satu peringkat kesihatan yang baru. Demikian itu kerana organ-organ akan diperbaharui secara menyeluruh yang mana tugas-tugasnya yang pelbagai akan menjadi bertambah baik seterusnya menjadi lebih aktif. Tubuh akan diberikan peluang terbaik untuk dibersihkan daripada timbunan toksik-toksik dan kumuhan-kumuhan di antara ruang-ruangnya serta pada teras tisu ototnya".

Carlson dan Kunde daripada Jabatan Fisiologi, Universiti Chicago dalam Journal of Metabolic Research telah membuktikan dalam eksperimennya bahawa berlapar untuk jangka masa seminggu memadai untuk pembaharuan sementara tisu-tisu di dalam tubuh seseorang manusia yang berumur 40 tahun dengan mengembalikan keadaan tisu-tisu tersebut kepada tugas (fisiologi) yang menyamai keadaan seseorang yang umurnya 17 tahun sementara berlapar dalam jangka masa 30 hingga 40 hari akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak lima hingga enam peratus.

Kecerdasan Mental dan Emosi

Apabila badan bebas daripada bahan-bahan toksik terutama di dalam darah maka kemampuan berfikir akan mampu ditingkatkan dan emosi menjadi lebih stabil. Tenaga yang tidak diperlukan oleh usus dalam proses penghadaman akan dihantar ke otak untuk proses berfikir semasa hari pertama hingga hari ketiga berpuasa. Daniel Golemen dalam bukunya Emotional Intelligence menulis tentang kajian seorang ahli psikologi terhadap sekumpulan kanak-kanak berumur empat tahun dan pemerhatian selepas 14 tahun kemudian iaitu semasa mereka tamat persekolahan menengah menunjukkan bahawa kebolehan menahan nafsu makan menjadikan mereka lebih pandai dalam pelajaran, mempunyai emosi yang stabil, dapat mengawal perasaan dalam keadaan tertekan, lebih berdikari dan disukai rakan.

Mencegah Penyakit Mental dan Jiwa

Puasa adalah suatu pencegahan daripada penyakit mental dan jiwa yang telah terbukti dalam menangani penyakit ‘split personality’. Dalam satu kajian terhadap 1,000 pesakit mental yang membiasakan diri berpuasa, pemeriksaan semula selepas enam tahun mendapati 65 peratus daripada mereka mengalami perubahan positif. Dr Yuri Nikolayev daripada Institut Psikologi di Moscow menyimpulkan, “Rawatan dengan berlapar memberikan kerehatan kepada semua sistem saraf dan minda. Tubuh dibersihkan daripada racun-racun dan tisu-tisu serta pelbagai kelenjar akan diperbaiki. Merehatkan minda membentuk asas rawatan untuk pelbagai gangguan‘neuropsychiatric’. Puasa merupakan kaedah rawatan dalaman tanpa melalui proses pembedahan.”

Aktifkan Organ Reproduksi

Berdasarkan hasil kajian di laboratorium haiwan Lembaga Penelitian Ternak, Amerika Syarikat terhadap 846 ekor ayam telur yang produktivitinya telah menurun, terbukti bahawa 75 peratus ayam-ayam tersebut dapat kembali bertelur setelah diberikan terapi puasa selama 10 hari. Sebelumnya ayam-ayam tersebut telah menjalani masa bertelur antara 12 hingga 14 bulan.

Peningkatan fungsi organ reproduksi ini berkait dengan peremajaan sel yang membawa perubahan pada sel-sel urogenitalis dan jaringan-jaringan organ reproduksi wanita. Di masa inilah berlakunya perubahan metabolik terutama kelenjar-kelenjar endoktrin induk telur yang menghasilkan lebih banyak estrogen dan progesteron. Ketinggian kadar kedua elemen ini dapat meningkatkan fungsi organ reproduksi dan kesuburan.

Awet Muda

Majalah Britain, Nature telah mendedahkan satu kajian saintifik bahawa puasa yang terancang atau separa akan menyebabkan keaktifan pada gen-gen yang berfungsi untuk merembeskan hormon-hormon yang akan membantu sel-sel untuk melambatkan proses penuaan terhadap manusia dan juga hormon-hormon yang akan menambahkan keaktifan tubuh. Hasil-hasil daripada kajian ini telah mengenal pasti bahawa proses penyediaan makanan dan penghadaman akan menghasilkan bahan-bahan beracun yang akan merosakkan sel-sel. Manakala pengurangan kuantiti makanan disertai dengan melakukan pergerakan yang banyak untuk membakar tenaga akan meningkatkan kesihatan dan dapat menghentikan proses pemusnahan.

Ia kemudian akan merendahkan proses metabolisme, menghasilkan protein yang efektif, meransang sistem imun dan pertambahan penghasilan hormon menyebabkan proses rejuvenasi atau permudaan yang akan memberikan jangka hayat yang lebih lama.

Dr Otto Buchringer dalam kajiannya menunjukkan bahawa berpuasa meremajakan sel-sel tubuh yang menua seperti panduan teori zat sisa. Ia juga disokong oleh kajian Allan Cott dalam bukunya Why Fast dengan dapatan puasa mampu berikan kesan awet muda, membersihkan badan, menurunkan tekanan darah dan kadar lemak, mengembalikan libido, mengendurkan ketegangan urat, menajamkan pancaindera dan boleh melambatkan proses penuaan. Sarjana biokimia Rusia, Vladimir Nikitin menyimpulkan bahawa tanpa memperoleh makanan, proses ketuaan manusia boleh dilewatkan. Beliau kemudian menguji puasa ke atas tikus putih yang biasa hidup selama dua setengah tahun dan hasilnya tikus tersebut boleh hidup sehingga empat tahun.

Kulit Cantik

Pakar kulit dari Universiti Kaherah, Dr Muhammad Dawahiri menyatakan, “Hubungan antara makan dan penyakit-penyakit kulit erat sekali. Kerana itu, berpuasa untuk suatu masa dapat mengurangi kadar air pada tubuh dan darah. Seterusnya mengurangkan kadar air pada kulit sehingga kulit mempunyai pertahanan yang kuat menghadapi penyakit-penyakit kulit yang diakibatkan oleh bakteria (mikrobia).”

Dengan berpuasa seluruh sistem kulit dapat berehat dan membebaskan semua beban berat yang diisi selama setahun. Antara penyakit kulit yang boleh dirawat dengan amalan puasa ialah jerawat, artekaria dan eksim.

Akhirnya terbukti bahawa puasa bukan sekadar satu ritus ibadah tetapi satu terapi mukjizat untuk kesihatan dan kelestarian hidup manusia. Walaupun dengan penemuan kajian saintifik sebegitu banyak, manfaat berpuasa adalah lebih daripada itu seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 85, “Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja” dan umat Islam sewajarnya menyambut seruan dalam Surah Toha ayat 144, “Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu,” dengan bukan sahaja berpuasa di siang hari tetapi juga berpantang makan di malam hari dan berpuasa bukan sahaja 29 hari daripada 365 hari lainnya.

Untuk permulaan mungkin boleh bermula dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal, puasa hari Arafah, puasa hari Asyura, puasa tiga hari setiap bulan Qamariyah, puasa-puasa pada bulan Syaaban dan jika mahu lebih mencabar adalah puasa sunah Nabi Daud AS iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa secara berselang-seli.

Kelebihan puasa sunat.

Antara kelebihan puasa sunat.


  • Memberi ketenangan - sesiapa yang mengamalkannya akan dapat mengawal perasaan, menjadi lebih penyabar dan juga berfikiran positif.
  • Mengawal hawa nafsu - pengamalnya akan dapat mengawal hawa dengan lebih baik dan tidak mudah terjerumus pada perkar-perkara negatif.
  • Dapat membuang lemak - berpuasa isnin dan khamis sangat bagus bagi menyingkirkan lemak dalam badan, bagi yang hendak diet bolehlah mengamalkannya.
  • Dapat membuang toksin - selain bersenam, berpuasa juga membantu membuang toksin secara semulajadi melalui peluh, pembuangan air kecil dan air besar.
  • Merawat kulit - berpuasa juga dapat merawat kulit supaya lebih sihat disebabkan sel-sel tubuh yang bekerja secara maksimum.
  • Lebih banyak beramal - apabila berpuasa badan akan jadi lebih segar, sihat dan bertenaga. Ia membuatkan kita lebih peka dan tekun untuk beribadah.

6 Rahsia Puasa - Imam AL-Ghazali

Puasa sebenarnya memiliki  rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
  1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.
  2. Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.
  3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
  4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai ynag berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
  5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
  6. Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.

Berakhlak Baik

Berkelakuan baiklah pada saat kamu bersendirian, kerana Allah akan menjaga kelakuanmu dalam khalayak ramai.
Tetapkan niat baik antara kamu dan Allah, Allah akan menetapkan kebaikan antara kamu bersama manusia lain, berusahalah untuk kehidupan akhiratmu, Allah akan mencukupkan kehidupan kamu di dunia.

Pernah atau tidak

Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan PUAS serta MENANG! apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas.
Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga.

Kau bila nak kahwin

"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je. Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan dihati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat iaitu agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Aku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang telah couple berpuluh kali pun boleh. Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa. Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan. Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau cuba untuk pimpinnya ke arah yang lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan. Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa.
Di kala suami yang lain berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu.
Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan.
Kau harus tahu, didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik' cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau. Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit. Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga kau letih sendiri. Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah, heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama seseorang lelaki itu yang lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha penat lelah mendidik nanti, ada secebis penghargaan untuk yang bernama suami. Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan ku jawab balik pada diri sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang sepatutnya."
Baru sedia untuk nikah....

CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA

Diperpanjangkan daripada group lain kerana ia perkara baik yang sangat elok dikongsikan
CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..
Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..
Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."
Kami menangis bersama, entah berapa lama...
Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...
Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat2ku,
Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.
Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....
Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...
Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..
Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?
Wallahu a'lam

JODOH itu unik

Assalamualaikum..slmt mlm shbt..
JODOH itu unik
Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak disengaja mendekat.
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu.
Yang awalnya diragukan menjadi pasti.
Yang ternilai jadi biasa.
Yang tak dinilai jadi bernilai.
Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan
Yang tak pernah terpikirkan, bersanding di pelaminan
Maka, percayalah..
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau mengenalnya
Seberapa akrab kau dengan orang tuanya
Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya
Tapi,
seberapa yakin kau padaNya
Seberapa besar kepasrahan kau dengan takdirNya
seberapa besar kau merayuNya
Seberapa semangat kau menyempurnakan ikhtiar mendapatkannya
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya,lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya.
Percayalah dengan ayat ini, "..Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu buruk bagimu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Q.S. Al-Baqoroh:216)
Moga Sahabat yang sedang dalam penantian, semakin yakin dengan takdir Allah. Semakin semangat menjemput belahan jiwanya. Aamiin
#sekadarrenunganbersama

Sebuah cerita yang menarik

 Sebuah cerita yang menarik...
Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.
Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, "Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!"
Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika.
Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"
Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lagi,
"Waiter! Kali ini aku membeli minuman dan makanan tambahan untuk semua orang disiini, kecuali si Afrika di sudut sana!"
Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan minuman kepada semua orang kecuali si Afrika.
Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman... Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit,
"Terima kasih!"
Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: "Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu?
Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di sini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit "Terima kasih."
Adakah dia gila"
Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, "Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini"
Mungkin anda nampak seseorang seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.
 MARAH
Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!
 Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,
 Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.
 SABAR
Sabar dengan keluarga adalah Kasih
 Sabar dengan orang lain adalah Hormat
 Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Allah ialah Iman.
 BERFIKIR
 Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan ...
 Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut ...
 Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa Kebahagiaan
 Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita.
✨Emas tulen diuji dgn api, kita manusia diuji dgn setiap masalah.
 Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan.
 Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.
 Sesuatu yang CANTIK itu x semuanya baik, akan ttpi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK.
 Adakah anda tahu mengapa Allah menciptakan ruang antara jari?
Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang tangan anda utk selama-lamanya.
 Kebahagiaan menjadikan Anda Manis.. kemanisan akan membawa Kebahagiaan.
d
Kongsikanlah bersama mereka yg TERBAIK dlm kehidupan anda.....
Selamat berhujung minggu

Di mana ada iman di situ ada cinta. Di mana ada cinta di situ ada kemaafan.

Di mana ada iman di situ ada cinta. Di mana ada cinta di situ ada kemaafan.
Di mana ada kemaafan di sana ada kasih sayang. Dan di mana ada kasih sayang di situlah ada keindahan. 
Dunia ini sentiasa indah jika dilihat oleh hati yang beriman. Jika dunia ini tidak indah...yang tidak indah itu ialah hati mu.
Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia...kerana dunia itu sesungguhnya ialah ladang akhirat!
Mana mungkin dapat memetik buah yang manis di akhirat jika pohon yang ditanam di dunia tidak subur?

MATI SEBELUM MATI

MATI SEBELUM MATI
Ada satu istilah sufi,
Iaitu mati sebelum mati,
Apakah maksud mati si sufi,
Bukan bercerai nyawa dari badan,
Bercerai nyawa dari badan,
Itu hanya perpindahan,
Berpindah dari alam benda,
Masuk ke dalam alam nyawa,
Namun kita hidup juga,
Hanya berpindah alam saja,
Hidup terus wujud,
Kerana ia pancaran Al-Wujud,
Di alam sana kita wujud juga,
Melihat tanpa mata,
Mendengar tanpa telinga,
Lebih jelas dan nyata,
Kerana dinding badaniah tidak ada,
Apakah mati menurut si sufi,
Dengarlah huraian di bawah ini,
Mati di sini dalam khayalan,
Dalam khayalan dan perasaan,
Khayalan dan perasaan,
Sangat penting dalam kesufian,
Matikan ego mu,
Matikan nafsu amarahmu,
Matikan kepentingan diri,
Tegakkan kepentingan ilahi,
Nafikan dirimu ithbatkan allah,
Hingga terasa tiada wujud selain allah,
Hingga terasa dirimu kosong belaka,
Hanya allah segala gala,
Hingga terasa tidak ada segala sesuatu,
Yang ada hanya dzat yang maha satu,
Bila allah terdiri dalam hati,
Terasa lenyap diri sendiri,
Nafi yang lain ithbatkan allah,
Itulah rahsia Laailaha'illallah,
Terasalah dalam perasaan si sufi,
Dia telah binasa dan mati,
Yang hidup hanya allah,
Yang wujud hanya allah,
Inilah dalam perasaan,
Inilah dalam khayalan,
Orang sufi orang ruhani,
Merenung jauh ke dalam diri,
Berbagai ilham mereka perolehi,
Orang bukan sufi sukar mempercayai,
Bukan senang menjadi sufi,
Perlu latihan secara ruhani,
Mereka bersembahyang mereka berpuasa,
Mereka berzikir segenap masa,
Bersihkan hati hingga bergilap,
Bercahaya bersinar tiada lagi gelap,
Hati dicuci dengan zikrullah,
Jiwa yang kembali mengadap Allah,
Guru itu sebagai pembimbing,
Menuju ma'rifat yang hening,
Ma'rifat itu pengenalan,
Mengenal Allah mengenal insan,
Apabila sampai ke ma'rifat suci,
Terasalah ia hampirnya rabbi,
Terlalu hampir terlalu nyata,
Lidah kelu hendak berkata,
Tidak dapat dikatakan,
Hanya terasa dalam khayalan,
Orang sufi hampir dengan rabbi,
Mereka kosong dari ego sendiri,
Mereka menjadi cermin Allah,
Mereka menjadi tanda tanda Allah,
Mereka itu sudah kembali,
Kembali ke hadrat ilahi,
Badan didunia tapi ruh disisi Allah,
Mati pada diri..tapi hidup dalam Allah,
Mereka itu hamba Allah sejati,
Mereka itu hanya menifestasi,
Kalau kau perangi wali Allah,
Kau sebenarnya memerangi Allah,
Kalau kau wali Allah,
Lontaranmu lontaran Allah,
Pukulanmu pukulan Allah,
Bukan kau yang membunuh...sebenarnya Allah,
Wali Allah sufi sejati,
Doa nya makbul di restui ilahi,
Mereka menjadi khalifah Allah,
Mereka hanya ayat ayat Allah,
Belajarlah pada syekh sufi,
Agar kau diberkati ilahi,
Terlalu hampir sekali,
Terasa diri tiada lagi,
Matilah diri hiduplah Allah,
Semata mata yang ada hanya dzat Allah.
PANDANGAN JIWA KESUFIAN

Adakala kita tersalah,Allah datangkan sahabat untuk tegur.

Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat untuk tegur.
Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur.
Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita.
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia.
Jadi,hargailah persahabatan yg terjalin.
Mungkin kerana dia, kita ke syurgaNya ..
❤️❤️❤️

SEBAHAGIAN DARI KASIH ALLAH KPD UMAT NABI MUHAMMAD SAW

ASSALAMUALAIKUM
TAZKIRAH PAGI SELASA 19/4/2016 BERSAMAAN 11 REJAB 1437
SEBAHAGIAN DARI KASIH ALLAH KPD UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Umur kita terlalu singkat
.. hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.
Umur kira terlalu singkat
.. ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.
Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia puasa enam syawal spt berpuasa setahun.
Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia surah Al Iklas spt membaca sepertiga Al-Quran.
Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.
Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat berjemaah 27x lebih dr solat sendirian.
Umur kita terlalu singkat
.. ALLAH kurnia solat sunat dirumah 25x lebih dr solat dimata orang
Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurnia satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.
Hidup ini terlalu singkat
.. ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir kealam kuburnya.
HIDUP INI TERLALU SINGKAT.. JANGAN SIA-SIAKAN.
☺️

Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya

Malam.
Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.
Dingin. Tegang.
Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan. Dingin dalam dua hati.
"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."
Si suami berhenti makan. Basuh tangan.
"Sebab?" Isteri berkerut kening.
"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."
Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.
"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan. Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat?
Abang dah give up.
Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."
Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.
"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."
Tak mampu dihabiskan kata-kata.
Diganti dengan deraian air mata.
Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.
"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.
Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.
Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.
Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label,
"Untuk suami tercinta."
Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.
"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,
Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini.
Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.
Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya.
Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.
Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.
Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.
Semuanya sudah saya tahu.
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan.
Tapi, saya terus dilupa.
Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang.
Isterimu."
Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.
Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.
Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman.
Hatinya bersenandung lemah.
"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.
(Muhammad Rusydi)

Kadangkala kita terlupa bahawa jalan yang salah tidak akan membawa kita ke tujuan yang benar.

Kadangkala kita terlupa bahawa jalan yang salah tidak akan membawa kita ke tujuan yang benar.
Satu kesalahan tidak mungkin dibetulkan oleh satu kesalahan yang lain. Berserahlah kepada Allah, jangan kepada manusia. Allah menjadi pembela orang bertaqwa. 
Orang yang beragama walaupun berdosa, dia akan sedar itu dosa dan akan bertaubat atas dosanya. Dosa itu kerana kealpaan dan kelemahannya. 
Orang yang tidak beragama menyangka dosa itu satu senjata dan dia berbangga menggunakannya.  Dosa itu angkara kejahilan atau kedegilannya.

Undang-undang Perjalanan Kesufian

Undang-undang Perjalanan Kesufian
1.Wirid-wirid biasa hendaklah diamalkan. Sekiranya bersolah di tempat orang ramai maka hendaklah wirid berseorangan dan perlahankan seboleh-boleh yang dapat. Lebih afdhal lagi dibuat di rumah sendiri.
2.Kebebasan bergaul selagi tidak melanggar hokum syarak.
3.Berbuat baik sesame manusia lebih-lebih lagi dengan orang jahil (maksud jahildi sini ialah jahil dalam erti kesufian).
4.Memberi salam kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam.
5.Jangan sekali-kali suka ambil tahu rahsia orang lain dan jangan ambil tahu akan kesalahan orang lain. Carilah kesalahan diri sendiri.
6.Kuat bekerja mencari nafkah yang halal. Jangan berdiam diri seperti burung malas.
7.Setiap orang mestilah berdakwah sekurang-kurangnya kepada diri sendiri.
8.Berkekalan menuntut ilmu di mana jua.
9.Sentiasa menolong orang yang dalam kesempitan.
10.Bersedekah kepada fakir miskin dan pada jalan keredhaan Allah Ta’ala.
11.Lazimkan menziarahi orang-orang yang sakit dan yang meninggal dunia.
12.Sentiasa melazimkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam segenap urusan.
13.Jangan berjauhan dari majlis-majlis agama, majlis zikrullah dan majlis selawat.
14.Banyakan berdoa untuk kebaikan orang Muslimin.
15.Buatlah semua ini hanya semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

Jika harapan diletakkan selain pada Allah

Jika harapan diletakkan selain pada Allah, percayalah, kita akan kecewa.
Jika dilakukan sesuatu masih mengharap manusia lain melihat dan memuji, percayalah, kita takkan dapat istiqamah.
Jika ditimpa satu musibah, kita mengharap simpati manusia, percayalah, kita akan putus asa.
Jika pengorbanan kita tidak dinilai, masih dipandang serong oleh teman-teman rapat kita sendiri, muhasabahlah diri, bersihkan hati dan kosongkan ia dari kebergantungan pada makhluk.
Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh ketenangan...redha lagi diredhai.

HIDUP BERMANFAAT WALAUPUN TIDAK POPULAR

HIDUP BERMANFAAT WALAUPUN TIDAK POPULAR.
Hiduplah seperti akar...
yang rela memberikan segalanya☘
Meskipun terkadang sang pohon tak pernah melihat nya dibawah.
Hiduplah seperti akar
yang memberi tanpa tapi, dan tak pernah meminta kembali..
Hiduplah seperti akar
yang menjadi peranan utama
meskipun tak pernah ada yang memuji nya..
Hiduplah seperti akar
yang menjadi penyebab setiap kebaikan
meskipun tak pernah ada yang memberikan penghargaan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
"Sebaik-baiknya Seseorang diantara kalian adalah yang paling bermanfaat terhadap yang lainnya"
Duhai saudaraku. Siapapun engkau, dimanapun engkau.
Jadilah manfaat bagi sesama kaum
yang rela berbagi, dan ikhlas memberi.
yang hadirnya menggembirakan
dan ketiadaanya dirindukan.☺
Sayyidina Ali RA  berkata:

خالِطُوا الناسَ مخالطةً إن عِشْتُمْ معها حَنَّوا إليكم وإن متُّم مَعَها بَكوا عليْكم
Bergaul lah dgn manusia dgn pergaulan.. jika kau hidup dengannya engkau akan menjadi kerinduan mereka, jika kau mati akan menjadi tangisan mereka.
Jika engkau tak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan banyak buah
Maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberi keteduhan bagi yang lelah.
Jika tak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman bagi dunia
maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan—haiwan penternak.
إن لمْ تكُن وَرْدا فلاَ تكُن شوْكا
Jika kau tak mampu menjadi bunga, maka jangan lah menjadi duri.
Semoga  bermanfaat..
#muezza²

Kesusahan yang belum tiba

"Kesusahan yang belum tiba,jangan diandai-andaikan.
Hati menderita sebelum masanya.
Kesenangan-kesenangan yang akan datang, jangan difikirkan.
Nanti bila sampai masa tidak kunjung tiba kita kecewa.
Yang baik terimalah dan redhalah apa yang ada di depan kita,
hati kita akan senang sepanjang masa."

Apakah kita boleh hidup tanpa berdosa

Pada satu hari, seorang anak kecil datang kepada ayahnya dan bertanya dengan manjanya, “Ayah, apakah kita boleh hidup tanpa berdosa selama hidup kita?”

Sang ayah memandang puterinya, kemudian berkata, “Tidak mungkin nak...”
Puterinya kemudian bertanya lagi, “Apakah kita boleh hidup tanpa berdosa dalam setahun?”
Ayahnya kembali menggelengkan
kepalanya sambil tersenyum kepada puteri kesayangannya itu.
“Ayah, bagaimana kalau 1 bulan? Apakah kita boleh hidup tanpa melakukan kesalahan?”
Ayahnya tertawa. “Mungkin tidak boleh juga nak.”
“OK Ayah, ini yang terakhir.
Apakah kita boleh hidup tanpa berdosa dalam 1 jam saja?”
Akhirnya ayahnya mengangguk. “Kemungkinan besar, boleh.”
Anak ini tersenyum lega.
“Kalau begitu ayah, adik akan jaga diri adik dari jam ke jam. Mungkin lebih mudah menjaga dan menjalaninya tanpa berdosa dgn cara itu. ”


Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta

#Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta
__________________________________
Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya.
Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi tersebut.
Tiba-tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah kanak-kanak buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis?"
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis:
“Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Renungkanlah...
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tnda pertama hanya mengatakan bahawa kanak-kanak itu buta.
Tetapi...
Tanda kedua memberitahu orang ramai bahawa mereka begitu bernasib baik kerana mereka tidak buta. Bersyukurlah!
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”
[surah Al-Mu’minun; 78]

Teman dan cahaya


Duduk di dunia perlukan teman. Perlukan kawan. Perlukan sahabat. Jika tidak kita akan rasa sunyi. Duduk di kubur nanti pun kita perlukan teman. Jika tidak kubur kita akan sunyi.
Duduk di dunia perlukan cahaya. Perlukan lampu. Jika tidak malam kita akan kegelapan. Duduk di kubur juga perlukan cahaya. Jika tidak kubur kita akan gelap tak kira siang mahu pun malam.
Teman dan cahaya. Dua2 penting tak kira kita hidup mahupun mati. Penting di dunia mustahak di akhirat.

SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI

ASSALAMUALAIKUM WBT.
*SIAPAKAH KITA DI PAGI HARI?*
_Diam sejenak dan renungi diri kita..._
*Ulama berkata:*
"Siapa yang berpagi² dalam keadaan (suka) marah² ia adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah SWT"
Allah beri ujian pagi² hari sebagai kafarrah, untuk menghapuskan dosa² yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi² sudah marah² dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedang Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).
Contohnya:
Marah anak² di pagi hari kerana sebab² kecil,
Pagi² lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak² sampai terjadinya leteran dan marah².
Marah² (atas perkara yang kecil) sepertinya bila tersangkut dalam traffic jam atau kelewatan.
Pagi² lagi dah 'bad mood' dan suka marah² pekerja bawahan. Walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.
Ulama menyebut, manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya.
Bahaya ni..
Kita tidak sedar kesan marah² kita itu. Selalunya kita akui kita redha, tapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal yang berlainan. Perangai kita tunjuk yang sebaliknya. Sebab apa? Sebab apa yang kita cakap itu hanya *_pembohongan diri_* dan hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah.
Tahukah kita? Sebagai hambaNya wajib redha dengan ketentuan takdir Allah SWT kerana setiap apa yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dariNya. Allah Maha Mengetahui.
Renungi diri...
Kita akan tahu siapa kita bila selalu cermin² diri kita pada setiap pagi.
Cermin diri anda, perbaikilah hubungan anda dengan Allah dan *_jadilah orang² yang redha dan bersyukur._* Redha dan terima apa saja ketetapan Allah kepada kita dengan hati terbuka. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang Allah tetapkan kepada hambaNya.
Selalu ucapkan dan zikirkan *'Astaghfirullah hal azim'*  dan
*'La hawlawala Quwwata illa billaah'* bagi mengubat, merawat dan mendidik hati kita untuk sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah.
Assalamualaikum wbt. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Aameen. In Sha Allah....

menggenggam

Apabila menggenggam sesuatu yang sangat panas, secara otomatik tangan akan melepaskan. Jika tidak ia akan hangus terbakar.
Begitulah hati apabila menggenggam sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan...belajarlah melepaskan.
Lepaskan dan serahkan kepada Allah. Semoga terlerai dan terungkai segala dendam, kebencian, kekecewaan dan kemarahan...

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yg lemah.
Sebelum tidur maafkan semua orang, manalah tahu esok kita dah tak terjaga.
Penyesalan selalu datangnya terakhir, kerana jika datangnya di awal maka manusia tak akan pernah belajar dan berkembang.
Nasihat yg baik terkadang menyakitkan.
Dengar nasihat orang tua bukan sebab nasihat mereka 100% betul tapi kerana mereka dah ada pengalaman buat kesilapan.
Janganlah berkecil hati dengan kekuranganmu, janganlah pula kamu sombong dengan kelebihanmu, semuanya milik Allah.
Dunia ibarat nafas, sekuat atau selama mana kita tahan, kita tetap akan melapaskannya.
Jangan memandang langit di atas sehingga lupa tanah di bawah.
Kalau kita hanya berdoa semasa berada dalam kesusahan, kita memang dalam kesusahan.
Baiki setiap masalah, bukan meronta untuk lari dari masalah.
Bila sesuatu itu dah tiada baru kita tahu nilainya.
Bila kita buat baik, semua orang tak ingat.
Bila kita buat jahat, semua orang xlupa.
Cinta dapat membuatkan orang waras menjadi xwaras, dan orang tidak waras menjadi waras, bergantung kepada apa yg dicintainya.

Petua hidup tenang


Petua hidup tenang
1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..
5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip liar yang keterlaluan.
6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..
10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..
11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.


Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.
"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.
“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”
Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan air itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.
Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air ? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”
Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya Si Katak.
Si Ikan bertanyakan hal yg sama kepada Si Katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air ?”
Katak pun tertawa dan menjawab , “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.
"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kpd kehidupannya.
________________
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.
Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita terkadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.
Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit,
Kita merasakan nikmat kaya, setelah kita jatuh miskin,
Kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dgn kita tiada,
Seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.
Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).”
( Ibrahim, ayat 34)

Kisah Nabi Musa Mengambil Mayat Seorang Kekasih Allah Di Tempat Pembuangan Sampah

Kisah Musa Mengambil Mayat Seorang Kekasih Allah Di Tempat Pembuangan Sampah.
Pada zaman Nabi Musa As. ada seorang yang fasik (orang yang suka melakukan maksiat) yang telah meninggal dunia Orang-orang yang berada disekelilingnya enggan memandikan dan menguburnya karena perangai buruk yang sering dia lakukan. Mereka menyeret kakinya dan membuang mayatnya di tempat pembuangan sampah.
Kemudian Allah telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa “Wahai Musa, pada suatu perkampungan ada seseorang yang meninggal dunia dan dibuang di tempat pembuangan sampah. Orang itu adalah salah satu dari kekasih-Ku. Tetapi orang-orang disekelilingnya enggan untuk memandikan, mengkafani, dan mengubur beliau. Maka pergilah kamu, kemudian mandikan ia, berikan kafan dan sholatilah ia, setelah itu kuburlah ia…!!!”.
Kemudian Nabi Musa As. pun segera pergi mencari dan menemui penduduk perkampungan tersebut. Beliau bertanya kepada penduduk kampung tersebut tentang mayat seorang laki-laki yang dibuang di tempat pembuangan sampah. Mereka mengatakan bahwa telah meninggal dunia adalah seorang yang mempunyai sifat yang amat buruk.
Beliau adalah orang yang terang-terangan dalam melakukan kefasikan. Nabi Musa berkata “Dimana tempatnya ? karena sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepadaku tentang orang tersebut.”. Para penduduk kampung pun segera mengantarkan Nabi Musa ke tempat dimana mayat orang tersebut telah dibuang.
Setelah sampai pada tempat pembuangan sampah tersebut, Nabi Musa telah melihat mayat seseorang yang telah dibuang disitu. Penduduk kampung tersebut menerangkan kepada beliau tentang keburukan akhlaq orang itu. Kemudian Nabi Musa bermunajah kepada Allah “Wahai tuhanku, Engkau telah memerintah kepadaku untuk menyolati dan menguburkannya, tetapi para penduduk telah memberi kesaksian buruk terhadapnya. Maka Engkau lebih mengetahui dari pada mereka atas kebaikan dan keburukannya !!!”.
Kemudian Allah memberikan wahyu kepada Nabi Musa “Wahai Musa, benar apa yang telah diceritakan para penduduk atas keburukan tentangnya. Tetapi ia telah memohon pertolongan kepada-Ku dengan tiga perkara saat menjelang kematiannya. Jikalau semua para pendosa meminta kepadaku dengan tiga perkara tersebut, niscaya aku akan memberikannya, sedangkan ia hanya meminta seorang diri. Dan Aku adalah dzat yang lebih pengasih dari semua orang yang pengasih…!!!”.
Nabi Musa pun bertanya “Wahai tuhanku, apa tiga perkara tersebut ???”. Allah pun berkata “Ketika telah dekat waktu kematiannya, ia berdo’a “Wahai tuhanku, Engkau mengetahui tentangku. Sungguh aku telah melakukan maksiat, sedangkan di dalam hatiku membenci melakukannya. Tetapi telah menyatu tiga perkara sehingga aku melakukan maksiat sedangkan hatiku membencinya, iaitu hawa nafsu, kawan yang buruk, dan iblis laknatullah dan tiga perkara ini yang menjadikan aku senang melakukan maksiat.
Wahai tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui tentangku atas apa yang telah aku ucapkan, maka ampunilah aku !!!”. Kedua, ia berdoa “Wahai tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui aku melakukan maksiat dan tempatku bersama orang-orang fasik. Tetapi aku senang bergaul dengan orang-orang yang sholeh, dan tempatku bersama orang-orang sholeh lebih aku sukai dari pada bersama orang-orang fasik !!!”.
Ketiga ia berdoa “Wahai tuhanku, Engkau mengetahui bahwa aku lebih suka bersama dengan orang-orang yang sholeh daripada bersama orang-orang yang fasik, sehingga jika aku bertemu dengan dua orang, seorang yang sholeh dan seorang pembual, maka aku akan mendahulukan kepentingan seorang yang sholeh daripada seorang pembual.
Wahai tuhanku, jika Engkau memaafkan dan mengampuni dosa-dosaku, maka para kekasih dan para nabi-Mu akan turut senang, sedangkan syaitan musuhku dan mush-Mu akan bersedih kerenanya. Tetapi jika engkau menyiksaku, maka syaitan beserta kawan-kawannya akan turut senang, sedangkan para nabi dan kekasih-Mu akan bersedih.
Sesungguhnya aku mengetahui bahwa kegembiraan para kekasih-Mu lebih Engkau cintai daripada kegembiraan syaitan dan kawan-kawannya, maka ampunilah aku !!!
"Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui atas apa yang telah aku ucapkan, maka ampunilah aku dan kasihanilah aku”.
Kemudian Aku mengasihani dan mengampuninya karena sesungguhnya Aku adalah dzat yang penyayang dan pengasih bagi orang yang mengakui dosa-dosanya dihadapan-Ku. Dan orang ini telah mengakui dosanya, maka aku mengampuni dan mengasihaninya.
Wahai Musa, lakukan apa yang telah aku perintah kerana sesungguhnya demi menghormatinya, aku mengampuni orang yang mahu menyolati dan mengubur jenazahnya !!!”.
Kemudian Nabi Musa beserta segenap penduduk kampung memandikan, memberi kafan dan menyembahyangkan serta menguburkan jenazah orang tersebut, berharap mereka semua akan mendapat keampunan dari Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Wallahualam.

Cerita ini kerap diulang

Cerita ini kerap diulang, dan sekerap itulah mata admin akan masuk habuk  Entah siapalah penulisnya..
----------------------------
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar d
an tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..
❤❤❤❤❤❤❤❤
kenapa? mata masuk habuk ke?....
#bahagiandakwahjakim

NASIHAT IBU

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamu'alaikum W.B.T.
    
 NASIHAT IBU 
Suatu pagi, seorang anak gadis bertanya pada ibunya:
“ Aduhai Ibuku! Ibu ini seorang yang cantik lagi awet muda.  Saya ingin jadi seperti Ibu, beritahulah pada saya apa petuanya.”
Dengan Senyum dan renungan yang lembut, Ibu menjawab:
"Untuk bibir yang menarik, ucapkanlah perkataan yang baik-baik belaka”.
“Untuk pipi yang gebu, tebarkanlah senyuman yang ikhlas kepada sesiapa sahaja..”
“Untuk mata yg indah menawan, sering melihat  kebaikan orang lain”
“Untuk tubuh yang langsing, ketepikan makanan untuk fakir miskin..”
“Untuk jari jemari yang lentik menawan, hitunglah kebajikan seseorang yang telah dilakukan padamu.“ "Untuk wajah yg putih bercahaya, bersihkanlah kekotoran bathin mu..”
"Anakku.....
Janganlah sombong akan kecantikan fizikalmu, kerana itu akan pudar oleh waktu. Kecantikan dan akhlak yg baik tidak akan pudar hingga maut menjemputmu."
Biasakan mengucapkan 4 perkataan pada siapa pun dengan penuh santun;
Terima Kasih ya!
Maaf ya!
Tolong ya! 
Saya minta izin ya!
Jika kamu BENAR, maka kamu tidak perlu marah.
Jika kamu SALAH, maka kamu wajib meminta maaf.
Kesabaran dengan keluarga adalah KASIH.
Kesabaran dengan orang lain adalah HORMAT.
Kesabaran dengan diri sendiri adalah KEYAKINAN.
Kesabaran dengan TUHAN adalah IMAN.
Jangan terlalu mengingat masa lalu kerana perkara itu akan membawa menitisnya AIR MATA. 
Jangan terlalu memikirkan masa depan, kerana perkara itu akan membawa KETAKUTAN.
Jalanilah hidup ini dengan senyuman kerana   itu akan membawa KECERIAAN ..!
Setiap ujian dalam hidup ini boleh membuat kamu musnah atau lebih baik.
Setiap masalah yg timbul boleh menguatkan atau menghancurkan.
Pilihan yang ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi Mangsa atau Juara.
Carilah hati yang indah, bukan wajah yang cantik.
Perkara yang Indah tidak selalu baik, tapi Perkara yang baik akan selalunya INDAH MENAWAN.
Renungkanlah....

Orang jahil dikenali dengan enam perkara

Orang jahil dikenali dengan enam perkara :
1. Marah tanpa sebab
2. Bercakap tanpa faedah
3. Memberi tidak pada tempatnya
4. Tidak kenal mana kawan mana musuh
5. Menyebarkan rahsia
6. Percaya pada semua orang
( Atsar Saidina Ali RA )

Tips persediaan sebelum puasa.

Tips persediaan sblm puasa.
Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '
-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu.
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......
4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.
5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.
5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.
6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.
7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya.
8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.
10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir.
11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.
12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam.
11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.
12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.
13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami.
Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam.
Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadha[truncated by WhatsApp]

Kata Ustaz

Kata Ustaz
Kita, kehidupan kita  dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.
7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.
7 x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.
7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.
7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.
7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.
Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
Ingat!!
Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1 , byk juga yg umurnya ditangga ke 3.
Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.
Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah. 
Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...