Baik Sangka Dengan Allah Itu Menjadikan Kita Bahagia

*Baik Sangka Dengan Allah Itu Menjadikan Kita Bahagia*


Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya bertanya kepada siput:

"Wahai siput, apakah aku telah melakukan kesalahan, sehingga engkau begitu membenci aku?"

Siput menjawab :

"Katak, engkau mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari. Tapi aku mesti membawa cengkerang yang berat ini, mengesut perlahan di tanah, hebatnya engkau berbanding aku. Jadi aku merasa sangat sedih dengan keadaan aku ini..."

Katak menjawab:

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya engkau saje yg melihat kegembiraan aku, tetapi engkau tidak melihat penderitaan aku (katak)"

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka. Siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak diterkam dan dimangsakan oleh helang itu...

Siput terharu...

Akhirnya barulah dia sedar...

Ternyata cengkerang yang di milikinya bukanlah satu beban... Tetapi adalah kelebihan yg diciptakan Allah kepadanya...

Oleh itu...

Nikmatilah kehidupanmu.

Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.

IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...

Rezeki itu tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & berkereta besar..

Rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang...

Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal nilainya...

"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...

Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia...

Ujian

Iya..☝✔Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.


Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.


Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?


Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.


Allah timpakan ujian supaya kita bersabar..


Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.


Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.


Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.


Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.


Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.


Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.


Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.


Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.


Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan?


berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.


Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.


Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.


Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!


Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.


Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita.


Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.


Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.


Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


keep zikir...☝✔

PENGERTIAN BERKAT

PENGERTIAN BERKAT


Berkat atau barokah adalah sesuatu yang diinginkan oleh hampir semua hamba yang beriman, kerananya orang akan mendapat limpahan kebaikan dalam hidup.


Barokah bukanlah cukup & mencukupi saja, tapi barokah ialah bertambahnya ketaatanmu kepada الله dg segala keadaan yang ada, baik berlimpah atau sebaliknya.


Barokah itu : 

"Albarokatu tuziidukum fi thoah" (Barokah itu adalah yang menambah taatmu kepada الله)


Hidup yang barokah bukan hanya sihat, tapi kadang sakit itu justeru barokah sebagaimana Nabi Ayyub عليه السلام, sakitnya menambah taatnya kepada الله.


Barokah itu tak selalu panjang umur, ada yang umurnya pendek tapi dahsyat taatnya seperti  Mus'ab bin Umair.


Tanah yang barokah itu bukan kerana subur & panoramanya indah, kerana tanah yang tandus seperti Makkah punya keutamaan di hadapan الله tiada yg menandingi.


Makanan barokah itu bukan yang komposisi nutrien dan khasiatnya lengkap, tapi makanan itu mampu mendorong pemakannya menjadi lebih taat setelah makan.


Ilmu yg barokah itu bukan yang banyak riwayat & catatan kakinya, tapi yang barokah ialah yang mampu menjadikan seorang menitiskan peluh & darahnya dalam beramal & berjuang untuk agama الله.


Penghasilan barokah juga bukan gaji yg besar & bertambah, tapi sejauh mana ia dapat  menjadi jalan rezeki bagi yang lainnya & semakin banyak orang yang terbantu dengan penghasilan tersebut.


Anak yang barokah bukanlah saat kecil mereka lucu & comel atau setelah dewasa mereka sukses bergelar, mempunyai pekerjaan & jawatan hebat, tapi anak yg barokah ialah yang sentiasa taat kepada Rabb-Nya & kelak di antara mereka ada yang lebih solih & tak henti-hentinya mendo'akan kedua orang tuanya.


Semoga segala aktiviti kita hari ini barokah


 بَارَكَ اللهُ فِيْك


"Barang siapa yg mengajarkan satu ilmu dan orang tersebut mengamalkannya maka pahala bagi orang yang memberikan ilmu tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut".


(HR.Bukhari Muslim)


SILA SHARE DAN SEBARKAN


IMAM IBNU HAJAR AL-ASQALANI

IMAM IBNU HAJAR AL-ASQALANI


Nama dan Nashab


Beliau bernama Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al-Kannani Al-Asqalani Al-Mishri. (Lihat Nazhm Al-‘Uqiyaan Fi A’yaan Al-A’yaan, karya As-Suyuthi hal 45)


Gelar dan Kunyah Beliau


Beliau seorang ulama besar madzhab Syafi’i, digelari dengan ketua para qadhi, syaikhul islam, hafizh Al-Muthlaq (seorang hafizh secara mutlak), amirul mukminin dalam bidang hadist dan dijuluki syihabuddin dengan nama pangilan (kunyah-nya) adalah Abu Al-Fadhl. Beliau juga dikenal dengan nama Abul Hasan Ali dan lebih terkenal dengan nama Ibnu Hajar Nuruddin Asy-Syafi’i. Guru beliau, Burhanuddin Ibrahim Al-Abnasi memberinya nama At-Taufiq dan sang penjaga tahqiq.


Kelahirannya


Beliau dilahirkan tanggal 12 Sya’ban tahun 773 Hijriah/1372M dipinggiran sungai Nil di Mesir kuno. Tempat tersebut dekat dengan Dar An-Nuhas dekat masjid Al-Jadid. (Lihat Adh-Dahu’ Al-Laami’ karya imam As-Sakhaawi 2/36 no. 104 dan Al-badr At-Thaali’ karya Asy-Syaukani 1/87 no. 51).


Sifat beliau


Ibnu Hajar adalah seorang yang mempunyai tinggi badan sedang berkulit putih, mukanya bercahaya, bentuk tubuhnya indah, berseri-seri mukanya, lebat janggutnya, dan berwarna putih serta pendek kumisnya. Dia adalah seorang yang pendengaran dan penglihatan sihat, kuat dan utuh giginya, kecil mulutnya, kuat tubuhnya, bercita-cita tinggi, kurus badannya, fasih lisannya, lembut suaranya, sangat cerdas, pandai, pintar bersyair dan menjadi pemimpin dimasanya.


Pertumbuhan dan belajarnya


Ibnu Hajar tumbuh dan besar sebagai anak yatim, ayah beliau meninggal ketika ia berumur 4 tahun dan ibunya meninggal ketika ia masih balita. Ayah beliau meninggal pada bulam rajab 777 H. setelah berhaji dan mengunjungi Baitulmaqdis dan tinggal di dua tempat tersebut. Waktu itu Ibnu Hajar ikut bersama ayahnya. Setelah ayahnya meninggal beliau ikut dan diasuh oleh Az-Zaki Al-Kharubi (kakak tertua ibnu Hajar) sampai sang pengasuh meninggal.


Hal itu kerana sebelum meninggal, sang ayah berwasiat kepada anak tertuanya yaitu saudagar kaya bernama Abu Bakar Muhammad bin Ali bin Ahmad Al-Kharubi (wafat tahun 787 H.) untuk menanggung dan membantu adik-adiknya. Begitu juga sang ayah berwasiat kepada syaikh Syamsuddin Ibnu Al-Qaththan (wafat tahun 813 H.) karena kedekatannya dengan Ibnu Hajar kecil.


Ibnu Hajar tumbuh dan besar sebagai anak yatim piatu yang menjaga iffah (menjaga diri dari dosa), sangat berhati-hati, dan mandiri dibawah kepengasuhan kedua orang tersebut. Zaakiyuddin Abu Bakar Al-Kharubi memberikan perhatian yang luar biasa dalam memelihara dan memperhatikan serta mengajari beliau. Dia selalu membawa Ibnu Hajar ketika mengunjungi dan tinggal di Makkah hingga ia meninggal dunia tahun 787 H.


Pada usia lima tahun Ibnu Hajar masuk Al-Maktab (semacam sekolah rendah agama) untuk menghafal Alquran, di sana ada seorang guru yang bernama Syamsuddin bin Al-Alaf yang saat itu menjadi gabernor Mesir dan juga Syamsuddin Al-Athrusy. Akan tetapi, ibnu Hajar belum berhasil menghafal Alquran sampai beliau diajar oleh seorang ahli fakih dan pengajar sejati yaitu Shadruddin Muhammad bin Muhammad bin Abdurrazaq As-Safthi Al Muqri’. Kepada beliau inilah akhirnya ibnu Hajar dapat mengkhatamkan hafalan Alqurannya ketika berumur sembilan tahun.


Ketika Ibnu Hajar berumur 12 tahun ia ditunjuk sebagai imam shalat Tarawih di Masjidil Haram pada tahun 785 H. Ketika sang pengasuh berhaji pada tahun 784 H. Ibnu Hajar menyertainya sampai tahun 786 H. hingga kembali bersama Al-Kharubi ke Mesir. Setelah kembali ke Mesir pada tahun 786 H. Ibnu Hajar benAr-benar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, hingga beliau hafal beberapa kitab-kitab induk seperti Al-‘Umdah Al-Ahkaam karya Abdulghani Al-Maqdisi, Al-Alfiyah fi Ulum Al-Hadits karya guru beliau Al-Haafizh Al-Iraqi, Al-Haawi Ash-Shaghi karya Al-Qazwinir, Mukhtashar ibnu Al-Haajib fi Al-Ushul dan Mulhatu Al-I’rob serta yang lainnya.


Pertama kali ia diberikan kesenangan meneliti kitab-kitab sejarah (tarikh) lalu banyak hafal nama-nama perawi dan keadaannya. Kemudian meneliti bidang sastra Arab dari tahun 792 H. dan menjadi pakar dalam syair.


Kemudian diberi kesenangan menuntut hadits dan dimulai sejak tahun 793 H. namun beliau belum konsentrasi penuh dalam ilmu ini kecuali pada tahun 796 H. Diwaktu itulah beliau konsentrasi penuh untuk mencari hadits dan ilmunya.


Saat ketidakpuasan dengan apa yang didapatkan akhirnya Ibnu Hajar bertemu dengan Al-Hafizh Al-Iraqi yaitu seorang syaikh besar yang terkenal sebagai ahli fikih, orang yang paling tahu tentang madzhab Syafi’i. Disamping itu ia seorang yang sempurna dalam penguasaan tafsir, hadist dan bahasa Arab. Ibnu Hajar menyertai sang guru selama sepuluh tahun.


 Dan dalam sepuluh tahun ini Ibnu Hajar menyelanginya dengan perjalanan ke Syam dan yang lainnya. Ditangan syaikh inilah Ibnu Hajar berkembang menjadi seorang ulama sejati dan menjadi orang pertama yang diberi izin Al-Iraqi untuk mengajarkan hadits. Sang guru memberikan gelar Ibnu Hajar dengan Al-Hafizh dan sangat dimuliakannya. Adapun setelah sang guru meninggal dia belajar dengan guru kedua yaitu Nuruddin Al-Haitsami, ada juga guru lain beliau yaitu Imam Muhibbuddin Muhammad bin Yahya bin Al-Wahdawaih melihat keseriusan Ibnu Hajar dalam mempelajari hadits, beliau memberi saranan untuk perlu juga mempelajari fikih kerana orang akan memerlukan ilmu itu dan menurut firasat ulama didaerah tersebut akan habis sehingga Ibnu Hajar amat diperlukan.


Imam Ibnu Hajar juga melakukan rihlah (perjalanan tholabul ilmi) ke negeri Syam, Hijaz dan Yaman dan ilmunya matang dalam usia muda himgga majoriti ulama dizaman beliau mengizinkan beliau untuk berfatwa dan mengajar.


Beliau mengajar di Markaz Ilmiah yang banyak diantaranya mengajar tafsir di Al-madrasah Al-Husainiyah dan Al-Manshuriyah, mengajar hadits di Madaaris Al-Babrisiyah, Az-Zainiyah dan Asy-Syaikhuniyah dan lainnya. Membuka majlis Tasmi’ Al-hadits di Al-Mahmudiyah serta mengajarkan fikih di Al-Muayyudiyah dan selainnya.


Beliau juga memegang masyikhakh (semacam kepala para Syeikh) di Al-Madrasah Al-Baibrisiyah dan madrasah lainnya (Lihat Ad-Dhau’ Al-Laami’ 2/39).


Wafatnya


Setelah melalui masa-masa kehidupan yang penuh dengan kegiatan ilmiah dalam khidmah kepada ilmu dan berjihad menyebarkannya dengan beragam sarana yang ada. Ibnu Hajar jatuh sakit dirumahnya setelah beliau mengundurkan diri dari jabatannya sebagai qadhi pada tanggal 25 Jamadal Akhir tahun 852 H. Dia adalah seorang yang selalu sibuk dengan mengarang dan mendatangi majelis-majelis taklim hingga pertama kali penyakit itu menjangkit yaitu pada bulan Dzulqa’dah tahun 852 H. Ketika beliau sakit yang membawanya meninggal, ia berkata, “Ya Allah, bolehlah engkau tidak memberikanku kesihatan, tetapi janganlah engkau tidak memberikanku pengampunan.” Beliau berusaha menyembunyikan penyakitnya dan tetap menunaikan kewajibannya mengajar dan membacakan imla’.


Namun penyakit tersebut semakin bertambah parah sehingga para tabib dan penguasa (umara) serta para Qadhi bolak balik menjenguk beliau. Sakit ini berlangsung lebih dari satu bulan kemudian beliau terkena diare yang sangat parah dengan mengeluarkan darah. Imam As-Sakhaawi berkata, “Saya mengira Allah telah memuliakan beliau dengan mati syahid, karena penyakit ta’un telah muncul.  Kemudian pada malam sabtu tanggal 18 Dzulhijjah tahun 852 H. berselang dua jam setelah solat isya’, orang-orang dan para sahabatnya berkerumun didekatnya menyaksikan hadirnya sakaratul maut.”


Hari itu adalah hari musibah yang sangat besar. Orang-orang menangisi kepergiannya sampai-sampai orang non Muslim pun ikut meratapi kematian beliau. Pada hari itu pasar-pasar ditutup demi menyertai kepergiannya. Para pelayat yang datang pun sampai-sampai tidak dapat dihitung. Semua para pembesar dan pejabat kerajaan saat itu datang melayat dan bersama masyarakat yang banyak sekali menshalatkan jenazah beliau. Diperkirakan orang yang mensolatkan beliau lebih dari 50.000 orang dan Amirul Mukminin khalifah Al-Abbasiah mempersilahkan Al-Bulqini untuk menyalati Ibnu Hajar di Ar-Ramilah di luar kota Kairo. Jenazah beliau kemudian dipindah ke Al-Qarafah Ash-Shughra untuk dikubur di pekuburan Bani Al-Kharrubi yang berhadapan dengan masjid Ad-Dailami di antara makam Imam Syafi’i dengan Syaikh Muslim As-Silmi.


Sanjungan Para Ulama Terhadapnya


Al-Hafizh As-Sakhawi berkata, “Adapun pujian para ulama terhadapnya, ketahuilah pujian mereka tidak dapat dihitung. Mereka memberikan pujian yang tak terkira jumlahnya, namun saya berusaha untuk menyebutkan sebahagiannya sesuai dengan kemampuan.”


Al-Iraqi berkata, “Ia adalah syaikh, yang alim, yang sempurna, yang mulia, yang seorang muhhadits (ahli hadist), yang banyak memberikan manfaat, yang agung, seorang Al-Hafizh, yang sangat bertakwa, yang dhabit (dapat dipercaya perkataannya), yang tsiqah, yang amanah, Syihabudin Ahmad Abdul Fadhl bin Asy-Syaikh, Al-Imam, Al-Alim, Al-Auhad, Al-Marhum Nurudin, yang kumpul kepadanya para perawi dan syaikh-syaikh, yang pandai dalam nasikh dan mansukh, yang menguasai Al-Muwafaqat dan Al-Abdal, yang dapat membezakan antara rawi-rawi yang tsiqah dan dhaif, yang banyak menemui para ahli hadits,dan yang banyak ilmunya dalam waktu yang relatif pendek.” Dan masih banyak lagi Ulama yang memuji dia, dengan kepandaian Ibnu Hajar.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah ﷺ melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”


Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah ﷺ, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”


Lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah ﷺ, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”


Kemudian Rasulullah ﷺ dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah ﷺ dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah ﷺ pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”


Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


“ Biar mengemis di dunia, 

Jangan mengemis di akhirat”

هدايت كادابن


Sekeping HATI

☝😔
*sekeping HATI*
_Tazkirah Sentap_

Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

*#CATATANBAKALJENAZAH*

@tarbiyahiman

Sesungguhnya kekurangan di dunia bukan bererti hidup itu hina

Sesungguhnya kekurangan di dunia bukan bererti hidup itu hina, dan kesempurnaan di dunia juga bukan bermakna hidup itu mulia..

Kekadang kekurangan di dunia merupakan suatu kelebihan di akhirat sana, dan kesempurnaan di dunia merupakan suatu amanah yang akan dihisab di akhirat sana juga.

Jadi, jangan bersedih bila hidup serba kekurangan dan kesusahan di dunia kerana Allah pasti akan mempermudahkan urusanmu di akhirat sana, dan jangan terlalu gembira bila hidup serba sempurna dan bahagia di dunia kerana pasti akan banyaklah juga perkara yang dihisabkan oleh Allah Ta'ala di akhirat sana..

Setiap kekurangan itu akan wujudnya kelebihan, dan setiap kelebihan itu akan wujudnya juga kelemahan.. Allah itu Maha 'Adil :)

ISLAM ITU INDAH .

KELEBIHAN BERSEDEKAH

```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```Salam sedekah dari warga Cahaya Petunjuk

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata:

Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3 Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

9.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

10.Allah akan menutupi segala dukacita.

11. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

12. Mendapat darjat al-Sidq.

13. Ditunaikan segala hajat.

14. Salam sejahtera pada hari kiamat.

15. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

16. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

17. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

18. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

19. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

20. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

21. Tidak akan merasai fakir.

22. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

23. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat

24. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

25 .Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

26 .Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

27. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

28. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

29. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

30. Mendapat keberkatan daripada Allah.
Mendapat kesempurnaan iman.

31. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

32. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

33.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

34. Teguh pendirian dengan kebenaran.

35. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

36. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

37. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

38. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

39.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

40. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

10 Tips Supaya Taat Pada Suami Terasa Mudah

🗣🌹 *10 Tips Supaya Taat Pada Suami Terasa Mudah*

Ketika taat kepada suami terasa berat, berikut beberapa tips yang bisa kita upayakan untuk tetap menjadi istri yang taat pada suami:

1⃣. Lakukan karena ikhlas, yaitu karena kita ingin taat pada Allah dengan menaati suami. Dengan ikhlas, yang berat akan terasa ringan.

2⃣. Ingatlah, surga itu mahal. Para syuhada membelinya dengan darah mereka. Lantas kita ingin membelinya dengan apa?

3⃣. Ingatlah, dengan cara ini kita akan mendapatkan tempat yang istimewa di hati suami. Bukankah kita ingin menempati tempat yang spesial di hati suami yang tidak tergantikan dengan yang lain?

4⃣. Banyak bergaul dengan teman yang memiliki rasa horma dan taat kepada suami mereka. Teman-teman seperti ini akan mengajarkan kepada kita bagaimana bermuamalah dengan suami. Kita akan merasa malu melihat mereka begitu taat pada suami sementara kita masih suka ngeyel (tidak nurut).

5⃣. Membatasi bergaul teman yang suka mengatur dan membantah suami. Sering kali kesalahan teman kita menjadi pembenaran untuk kita sehingga melakukan kesalahan yang sama. ”Teman-temanku semua juga begini terhadap suaminya, memang wanita itu seperti ini.”

6⃣. Ingatlah bahwa salah satu sifat wanita calon penghuni surga adalah taat kepada suami. Ini menunjukkan bahwa sifat tersebut adalah sifat yang istimewa untuk dimiliki seorang wanita. Maka milikilah!

7⃣. Berdoalah supaya Allah memberi kita taufik untuk menjadi istri yang shalihah, yang taat pada suami, tidak meninggikan suara dihadapannya, menghormatinya, menjadi penyejuk pandangannya. Sehingga kehadiran kita menjadi bunga bunga penghias kehidupannya, yang jika kita tidak ada dia akan merasa kehilangan.

8⃣. Jika selama ini ternyata kita sebagai istri terlalu dominan, banyak mengatur suami, atau bahkan suka membangkang. Berubahlah, karena Allah menciptakan laki-laki menjadi pemimpin untuk wanita dan Allah menjadikan sifat taat pada suami menjadi sifat istimewa bagi wanita yang akan mengantarkannya ke surga.

9⃣. Jika perintah suami merupakan hal yang benar-benar tidak kita suka, padahal suami menginginkanya. Jangan membantahnya. Kalau kita ingin, lakukan dengan cara yang halus. Ambil hatinya, bujuk dan rayulah dia. Bukankan wanita itu punya banyak jurus untuk merayu sementara sifat laki-laki itu tidak tahan dengan rayuan wanita? Kenapa tidak kita gunakan untuk meluluhkan hati suami?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ
“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menghilangkankan akal laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” (HR. Bukhari)

1⃣0⃣. Jika perintah suami adalah sesuatu yang haram. Peluklah dia dan nasehati dengan cara yang baik. Namun jika suami tetap memaksa, maka inilah sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam;

لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla” (HR. Ahmad)

Demikian, semoga Allah menjadikan kita istri yang shalihah, penyejuk pandangan dan penentram hati suami.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

Seram sejuk bila baca ;

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI
PADANG MAHSYAR ===============
========================
1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan
dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di
dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai
babi. Mereka adalah golongan yang malas dan
lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut
membesar dengan di dalamnya penuh dengan
ular dan kala jengking kerana di dunia mereka
tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya
mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka
suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk
dan busuk daripada bangkai kerana ketika di
dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara
sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak
takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian
palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah
kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam
keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua –
dua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air
kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina
dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang
hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi
api kerana ketika di dunia, mereka selalu
memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan
kusta kerana ketika hidup di dunia dia
menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai
ke dada, lidahnya sampai keperut manakala
perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan
perutnya penuh kekotoran kerana ketika
hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur
dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama
dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat
kerana golongan itu ketika hidupnya rajin
beramal soleh, meninggalkan maksiat dan
menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan
orang lain tidak membaca.
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain
dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain
ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat
PAHALA. ‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur
man Qaala...’’
Sebar sebarkan..........
# AllahuAkbar

Fakta Mengenai Mimpi

Fakta Mengenai Mimpi

1. Orang Buta Juga Bermimpi

Orang yang terlahir buta dalam mimpinya memang tidak melihat “gambar” tapi mereka bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka rasakan. Memang sulit bagi orang normal untuk bisa memahami, tapi “keinginan” tubuh untuk tidur dan bermimpi sedemikian kuatnya sehingga bisa mengatasi segala macam hambatan fizik manusia.

2. Kita Akan Lupa 90% Dari Mimpimu

Sekitar 5 minit setelah kamu terbangun kamu akan segera melupakan 50% dari mimpimu, 10 menit kemudian 90% “jalan cerita” mimpimu akan terlupakan.
Penulis puisi terkenal Samuel Taylor Coleridge pada suatu waktu terbangun setelah mendapatkan mimpi yang indah, dia lalu segera menuliskannya di kertas untuk menggambarkan mimpinya tadi, setelah menulis 54 baris tiba-2 ada orang yang datang kerumahnya. Setelah urusan dg orang itu selesai Samuel bermaksud menyelesaikan puisinya tadi, tapi dia tdk berhasil mengingat lagi mimpinya. Puisinya itu tidak pernah selesai. Puisi yang tidak pernah terselesaikan itu berjudul “Kubla Khan” dan menjadi salah satu puisi paling terkenal di Inggris. Robert Louis Stevenson (penulis buku Doctor Jeckyll and Mr. Hyde) dan Mary Shelley’s Frankenstein mendapatkan ide dari mimpi yang mereka alami.

3. Semua Orang Bermimpi

Semua orang bermimpi (kecuali pada beberapa jenis penyakit jiwa parah) tapi laki-2 dan perempuan mimpinya beza dan beza pula reaksi fiziknya.

4. Mimpi Mencegah Gangguan Emosi.

Pada penelitian mengenai tidur baru-baru ini, percobaan pada orang yang dibangunkan pada awal mimpi tapi tetap diperbolehkan tidur 8 jam sehari, setelah 3 hari menjadi kehilangan konsentrasi, gampang marah, halusinasi dan tanda-tanda gangguan emosi lainnya. Jadi jika kamu sering begadang terus bisa-bisa mengalami sakit jiwa, hahaha.
Mimpi adalah komunikasi antara tubuh, pikiran dan jiwa kita
Mimpi adalah komunikasi antara tubuh, pikiran dan jiwa kita

5. Rangsangan Dari Luar Mempengaruhi Mimpi Kita

Disebut “Dream Incorporation” dan kamu pasti udah pernah mengalami ini. Pernah mimpi gini, kita rasanya haus bgt trus kita minum sebotol air tapi bentar kemudian rasanya udah haus lagi… minum lagi… haus lagi begitu terus berulang dan akhirnya saat kita bangun kita baru sadar kalo kita emang lagi kehausan. Contoh yang lain adalah saat kita mimpi kebelet pipis

6. Saat Bermimpi Tubuhmu Akan Lumpuh

Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita gak bergerak-gerak mengikuti “alur cerita” mimpi kita. Banyangin aja kalo lo mimpi dikejar massa, kalo kaki lo gk lumpuh bisa-2 lu lari ke luar rumah dan dikirain maling beneran ama satpam. Ada hormon yang dihasilkan saat kita tidur yang membuat saraf mengirimkan pesan ke tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan lama-2 lumpuh.

7. Kita Hanya Memimpikan Apa Yang Kita Ketahui

Seringkali kita bermimpi berada di tempat yang asing dan ketemu dengan orang-orang yang gk kita kenal. Tapi sebenernya otak kita tidak asal menciptakan itu, sebenernya semua itu itu udah pernah kita liat cuma kita sendiri gak mampu untuk mengingatnya lagi.Mungkin kamu pernah mimpi dikejar-kejar orang asing pakai golok yang mau bunuh kita tapi mungkin aja itu dalam kehidupan nyata orang itu adalah temen bokap kamu yang ketemu di mall waktu kamu masih umur 5 tahun ! Sepanjang hidup kita udah pernah melihat ratusan ribu wajah dan tempat, para ahli percaya kalo memori otak kita punya kemampuan yang luar biasa untuk merekam itu semua, jadi otak gk akan pernah kehabisan “aktor dan setting” yang akan direplay dalam mimpi kita!

8. Mimpi Itu Tidak Seperti Apa Yang Terlihat

Apa yang kita lihat dalam mimpi sebenernya merupakan simbolisasi dari hal lain. Otak kita tu kreatif bgt saat kita tidur, dia akan menggali database memori kita sedemikan dalamnya sampai sering kita sendiri takjub dengan mimpi aneh kita ( padahal semuanya sumbernya ya dari semua yang udah pernah kita alami sebelumnya). Bagaikan puisi mimpi itu merupakan penggambaran simbolisasi yang sangat dalam. Itulah sebab mengapa banyak orang yang tertarik dengan buku tafsir mimpi.

9. Tidak Semua Orang Mimpinya Berwarna.

Menurut penelitian 12% orang normal mimpinya selalu hitam-putih lainnya mimpinya bisa full color (kaya tipi aja).
Kita juga cenderung mengalami mimpi dengan “tema” yang sama, yaitu:
Mimpi di sekolah,
Mimpi dikejar-kejar (ceritanya jadi maling )
Mimpi lari dalam gerak lambat ato lari tapi gak maju-2 ( padahal ada kereta api mau lewat ) Mimpi basah (mimpi paling seru )
Mimpi datang telat (biasanya kalo musim ujian heheh)
Mimpi bisa terbang
Mimpi jatuh, mimpi gigi copot, mimpi gagal lulus ujian, mimpi kecelakaan, dan
Mimpi ketemu orang yang sudah mati

Tambahan Info:

1. Saat kamu ngorok kamu tidak sedang bermimpi.

2. Kalau kamu terbangun pada saat fase tidur mencapai tahap REM (Randon Eye Movement), seringkali mimpi kita akan terasa lebih nyata daripada kalo kita bangun setelah tidur pulas semalaman.

3. Bayi tidak bermimpi mengenai dirinya sampai sekitar umur 3 tahun. Tapi sejak umur 3 sampai 8 tahun mereka akan mendapatkan mimpi buruk yang jauh lebih sering daripada orang dewasa. Itu jadi jawaban dari kenapa anak kecil sering menangis sesaat setelah terbangun dari tidurnya.

Kredit to: lifeblogid.com


TAKUT DAN HARAP (KHAUF WAR RAJA')

TAKUT DAN HARAP (KHAUF WAR RAJA')

Takutlah hanya kepada Allah,
Jangan takut kepada makhluk.
Berharaplah hanya kepada Allah,
Jangan pernah berharap kepada makhluk.

TAKUTLAH DAN HARAPLAH HANYA KEPADA ALLAH
Ini bukan sekadar kata2 lagi.
Tetapkan terus ke dalam hati,
Sesungguhnya tiada yang aku takut melainkan Allah
(La akhafu illa Allah)
Sesungguhnya tiada lagi yang aku harapkan melainkan Allah
(La arju illa Allah)

Benarkanlah dengan lidah dengan perkataan yang baik-baik yang semata-mata membesarkan Allah atau hanya berdiam tongkat lidah tanda hati yang telah tertetap dengan ketakutan dan harapan hanya kepada Allah,

Apabila diuji dengan seauatu,
Buktikan terus dengan perbuatan,

Allah berfirman,
Mintalah prtolongan dengan sabar dan solat
Maksudnya, kerjakan bukan duduk diam. Nak dapat bantuan-Nya buatlah kerja. Serahkan diri kembali (rujuk) kepada-Nya dengan taubat dan muhasabah.
Sabar dengan penuh pengharapan dan bersangka baik,
Solat dengan penuh khusyuk dan khudu' tanda hati yang takut dan tunduk hanya kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.

Maka pasti Allah membantumu.
Sesungguhnya pertolongan Allah teramtlah dekat,
Tetapi mungkin shaja kita tidak merasai ditolong kerana kita tidak merasai Allah sntiasa mmerhati dan bersama kita. Padahal mungkin shaja prtolongan ada di depan mata (petunjuk) tetapi disebbkan sombongnya kita tidak mahu merendahkn diri kepada-Nya (solat) maka buat mata hati kita. Dan.mungkin saja hati kita masih penuh dengan pengharapan dunia dan.makhluk-Nya maka bukan kepada-Nya. Maka bagaiamna boleh kita nampak?


TAKUTILAH ALLAH SESUBGGUHNYA AZABNYA TERAMAT PEDIH
HARAPLAH KEPADA ALLAH SESUNGGUHNYA RAHMATNYA MELIPUTI TIAP2.SESUATU



AKHLAK MULIA DAN TUTUR KATA YANG BAIK ADALAH PEMBERAT UTAMA DI DALAM TIMBANGAN MIZAN

AKHLAK MULIA DAN TUTUR KATA YANG BAIK ADALAH PEMBERAT UTAMA DI DALAM TIMBANGAN MIZAN


Amalan yang berpahala besar dan berat dalam timbangan tidak hanya terhasil dari pada amal ibadah semata. Hakikatnya akhlak mulia dan berkata baik juga adalah penyumbang terbesar pada beratnya timbangan amal hingga melebih amal ibadah yang lain tatkala , amal ibadah tanpa diusuli dgn akhlak yang baik ini belum menjaminkan seseorang itu utk ke Syurga.

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ
“Tidak ada sesuatu amalan yang jika diletakkan dalam timbangan lebih berat dari akhlaq yang mulia. Sesungguhnya orang yang berakhlaq mulia dapat mencapai darjat orang yang rajin puasa dan rajin 
shalat.”

(HR. Tirmidzi no. 2134. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih Al Jaami’ no. 5726.)

Dalam riwayat Tirmidzi haditsnya dinyatakan hasan shahih disebutkan pula hadits dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فhtmِيْزَانِ المُؤْمِنِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الخُلُقِ، وَإِنَّ اللهَ يُبْغِضُ الفَاحِشُ البَذِي
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat selain
akhlaknya yang baik. Allah sangat membenci orang yang kata-katanya kasar dan kotor.


Biar kita tak cantik, asalkan akhlak kita baik, biar kita tak ramai kawan dari ramai musuh. Biar orang benci kita asalkan Allah sayang, biar kita miskin dari kaya yg menghina orang, biar kita tak pandai, asalkan kata-kata kita beradab.


Usaha atas golongan wanita

Usaha atas golongan wanita

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.

Kerana itulah, wanita hari ini harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini.  Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.

Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.

Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga  perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.

Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.
PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu

Wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.

Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.

Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'. 

Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.

PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
Sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
Usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)

PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
Hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.
Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
Rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.

PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
Wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
Dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
Ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
Ajar anak-anak membaca Al-Quran.

PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
Hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
Jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
Jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.

PESANAN KEENAM : Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
Galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah.
Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
Kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....
Aamiin


PESAN INDAHdari Ust. Arifin Ilham

*PESAN INDAH*
dari Ust. Arifin Ilham :
Assalamu'alaikum Wr. Wb.. Cerdasnya orang yg beriman adalah, *dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang.. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.*
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, *tapi rindukan mati.* Karena, *mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.* Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, *tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,* maka *sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.*
Hendaknya kita *selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.* Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :
●Pertama,
*Tahajjud*  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.
●Kedua,
*Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.* Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.
●Ketiga,
*Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.* Sebelum melangkah kemana pun *langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,* bukan karena panggilan Muadzin *tetapi panggilan Allah SWT,*yg memanggil orang Beriman *untuk memakmurkan Masjid Allah.*
●Keempat,
*Jaga Shalat Dhuha* karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha
●Kelima,
*Jaga sedekah setiap hari.* Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan *malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.*
●Keenam
*Jaga wudhu terus menerus*, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, *“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,* dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, *"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.*
●Ketujuh,
*Amalkan Istighfar setiap saat.*
Dengan Istighfar *masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.*         *Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud*, yaitu :
*1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :*
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : *" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".*
*2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :*
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya:  *Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".*
*3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :*
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: *" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".*
Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik *maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.*
*Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.*
Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 Org..
*SEKECIL* apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...
Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... *tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat اَللّهُ ...*
*"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”*
Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Jangan Mengurus Urusan Orang Lain

 *Jangan Mengurus Urusan Orang Lain*
Fitnah dihujung jari, zaman kita sekarang ramai yang suka bangkitkan sesuatu isu, lalu laju saja tangannya gatal meng'share'nya di whatsApp, Facebook dan lain-lain. Meng'comment'nya, maki sana, maki sini, tanpa tahu kesahihan atau tidak hal itu, dan yang paling hairan tiada kaitan pun dengan dirinya."
"Yang akan dipersoal oleh Allah سبحانه وتعالى orang sebegini. Orang islam yang baik meninggalkan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengannya.
Tapi zaman kita sekarang suka menyebok hal yang tiada mengena langsung dengan dirinya, pasal apa? Hatinya problem."
"Hatinya kurang bersih untuk rapat hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى sebab itu suka menyebuk hal orang lain. Jagalah diri kamu dari tempat yg bisa membuatkan kamu ditohmah. Jaga lisan dan tangan kita. Seseorang yg menjadi atau penyebab atau punca bagi tersebarnya fitnah itu tanggunglah dan akan mendapat azab yang pedih."
"Jaga tangan kita dan jari kita ketika menulis di facebook, di whatsapp dan laman sosial yang lain. Fitnah sekarang hanya dihujung jari saja. Jika dulunya tersebarnya fitnah dengan lisan. Tetapi kini lebih cepat dengan menggunakan media sosial."
"Kita Hidup di Zaman Fitnah. Fitnah-fitnah kini menjadi mainan dan suka-sukaan di akhir zaman. Dan fitnah yang paling hina dan berat adalah bila Dajjal menjelmakan diri. Yang mengikuti jalan Allah سبحانه وتعالى dan Rasul-Nya, akan sibuk dengan agama, adab dan menuntut ilmu. Mengenal Allah سبحانه وتعالى. Mencintai rasulullah ﷺ."
"Sedang yang mengikuti jalannya syaitan dan Dajjal, Akan sibuk menyebar fitnah dan membuka aib orang lain. Hendaklah kamu lari yakni memencilkan diri untuk menyelamatkan agama kamu yakni aqidah, iman & keyakinan kamu ketika ditempat kamu melandanya berbagai macam fitnah."
Wallahu a'lam
Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Shobihi wasalim.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
•••┈••••○❁❁○••••┈•••

Sedekah Dari Sumber Haram

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sedekah Dari Sumber Haram
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ دَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
Dari Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang saat itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta haram) ' (HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang solat tanpa berwuduk atau bertayamum, tidak akan diterima oleh Allah.
2.  Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah.
3.  Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta rampasan perang yang dicuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram.
4.  Sedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang  lain (ghulul), maka Ibnu Rajab menyatakan sedekah tersebut tidak diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
21hb Februari  2018
05hb Jamadil Akhir 1439H

Etiquette of Supplication: Turning Palms Upwards.

Etiquette of Supplication: Turning Palms Upwards.

عَنْ مَالِكِ بْنِ يَسَارٍ السَّكُونِيِّ ثُمَّ الْعَوْفِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ بِبُطُونِ أَكُفِّكُمْ وَلَا تَسْأَلُوهُ بِظُهُورِهَا
Narrated from Malik ibn Yasar as-Sakuni, al-Awfi: The Prophet (ﷺ) said: “When you make du'aa (requests) to Allah, do so with the palms of your hands, and not backward.”
Source: Sunan Abi Daud No: 1271
Grade: Saheeh.
Lessons:
1. One of the etiquette of making supplication is embedding within ourselves the highest sincerity and hope that it will be accepted by Allah.
2. The sincerity when making supplication is represented by the gesture of our hands - that is, turning our palms upwards - as if waiting for a response or gift from above.
3. Raise the palms at the same level as or higher than our faces, with the utmost sincerity when asking from Allah. One should make sure to not make half-hearted gestures such as resting the hands on the knees or thighs.
#FosteringBrotherhoodDrivingChange
#MalaysiaANationOfRahmah

KISAH LIMA PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau
sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.


PANDUAN SOLAT SUNAT TAUBAT


CARA SOLAT TAUBAT
1.  Niat Solat Sunat Taubat:
Sahaja Aku solat sunat Taubat 2 rokaat kerana Allah Taala.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar

20 wasiat penting

Berikut adalah 20 wasiat penting dari ulama besar Tarim yang meninggal hari ini, Sabtu 17 Februari 2018, Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dari beberapa ceramahnya di Indonesia:
1. Durhaka pada orangtua itu bernasab, turun-temurun, pasti akan dibalas melalui keturunannya kelak.
2. Seorang yang menghormati ulama besar tapi ia meninggalkan orangtuanya artinya ia mementingkan sunnah dan melalaikan yang wajib. Sama seperti orang memakai imamah tapi auratnya justru terbuka, sungguh tidak pantas.
3. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal: “Orangtua ada 3; yang melahirkan, yang memberi ilmu (guru), dan yang menikahkanmu dengan anaknya (mertua).”
4. Pada saat kita kecil, orangtua mencintai kita, bersabar dengan keadaan dan tangisan kita, menghadapi berbagai tingkah pola kita, berdoa supaya kita panjang umur dan sehat sampai dewasa. Maka wajib bagi kita bersabar terhadapnya ketika mereka sudah tua dan memiliki banyak kekurangan.
5. Syafaat Rasulullah Saw. pun tak dapat menolong orang yang durhaka kepada orangtuanya dari siksa neraka kecuali orangtuanya sendiri yang memberi kesempatan padanya untuk diberi rahmat oleh Allah.
6. Memutus silaturrahim akan mendapat laknat dari Allah, tertolak seluruh amalnya, tidak akan diterima doanya walaupun ia seorang yang alim. Maka sambunglah silaturrahim sebelum kita mati dalam keadaan terlaknat dan sebelum kita masuk barzakh dengan amarah Allah selagi ada kesempatan.
7. Majelis ilmu lebih baik seribu kali daripada majelis maulid atau shalawat.
8. Orang yang hadir majelis ilmu akan mendapat rahmat Allah meski tidak paham atau tidak hafal apa yang telah disampaikan.
9. Banyak orang yang baru bisa merasakan manfaatnya hadir majelis ilmu ketika menjelang sakaratul maut.
10. Orang berakal bukanlah orang yang hanya bisa membedakan mana yang baik dan mana yang jelek. Tetapi orang berakal adalah orang yang mengerti mana yang baik untuk dilakukan dan mengerti mana yang jelek untuk dijauhi. Dan itu semua ada dalam majelis ilmu.
11. Janganlah mengobrol sendiri dalam majelis ilmu. Syaikh Abubakar Bin Salim berkata: “Orang-orang yang sering mengobrol di majelis ilmu dikhawatirkan akhir hayatnya menjadi bisu.”
12. Ketika kamu tidak bisa menjadi seorang pengajar, maka setidak-tidaknya jadilah seorang pencari ilmu, atau orang yang semangat dalam menghadiri majelis ilmu, atau orang yang cinta kepada majelis ilmu.
13. Jauhilah orang-orang yang benci majelis ilmu.
14. Apabila zakat dikelola dengan baik dan benar niscaya tidak akan ada fakir miskin di dalam sebuah negara muslim. Seperti era Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
15. Barangsiapa memuliakan/menjamu tamu yang tidak dikenal, maka bagaikan memuliakan Allah Swt. Barangsiapa memuliakan/menjamu tamu yang dikenal, maka bagaikan memuliakan Rasulullah Saw.
16. Siwak mempunyai 120 manfaat. Sedangkan rokok mempunyai 120 bahaya.
17. Di Belanda terdapat sebuah penelitian bahwa ada kuman gigi yang tidak bisa mati kecuali dengan zat yang terkandung dalam kayu arok/siwak.
18. Dalam najis anjing dan babi ada beberapa kuman yang tidak bisa dihancurkan dengan berbagai macam zat kimia, tapi justru bisa dibasmi dengan debu. Oleh sebab itu, syariat mewajibkan membasuh najis anjing dan babi dengan tujuh kali basuhan yang salah satunya harus dicampur dengan debu.
19. Dalam salah satu sayap lalat ada empat penyakit dan dalam sayap lainnya ada empat obat penyakit tersebut. Jadi, jika terdapat lalat mati di dalam minuman maka tenggelamkan terlebih dahulu sebelum membuang lalat tersebut agar aman diminum. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam sebuah hadits.
20. Agar futuh dalam ilmu, Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Saya mendapatkan futuh dalam ilmu dengan sebab 3 perkara; dengan menangis dan merendahkan hati serta beristighfar di waktu Sahur, dengan berzuhud terhadap dunia, dan tidak aku mendengar ada seorang lelaki yang saleh atau perempuan yang salehah kecuali aku mengunjunginya dan meminta doa darinya.”

SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH

SEMBAHYANG SUNAT ISTIKHARAH
Lafaz niat:
(Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala)
Dilakukan sebanyak dua rakaat. Sebaik-baiknya dibuat di tengah malam. Ini dilakukan kerana memohon satu - satu petunjuk dari Allah s.w.t.
Surah- surah
Rakaat pertama: Al-fatihah
Surah Al-Kafirun (Qul yaa ai yuhal kafirun)/ atau boleh baca
mana - mana surah yang dikehendaki.
Rakaat kedua : Al- Fatihah
Surah Al-Ikhlas / atau baca surah mana yang dikehendaki.
Di dalam sujud akhir baca:
subhanaka la ‘ilma lana "illa ma ‘allamtana "innaka "anta al-‘alimu al-hakim
Sila rujuk Surah Albaqarah (2:32)
Terjemhan:
Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Selepas memberi salam bacalah surah Al-Fatihah untuk dihadiakan kepada:
1)Rasulullah s.a.w
2)Sahabat Nabi s.a.w
3)Sekalian muslimin dan muslimat.
Bulatkan tekad di dalam hati dan serahkan perkara itu kepada Allah..Insyaallah ada petunjuk atau keyakinan hati nanti yang Allah berikan.
Selepas itu hendaklah dibaca doa selepas sembahyang Sunat Istikharah:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari).
(Sumber rujukan untuk dikongsi bersama)

DIPENGHUJUNG KEHIDUPAN

 *DIPENGHUJUNG KEHIDUPAN*

*Bismillahi Amantu billah tawakaltu Alallah*
✍
*Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.*

*Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.*

*Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.*

*Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.*

*Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.*

*Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik*

*Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik*

*Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja.*

*Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Kerana kematian itu sangat rapuh.*
*Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.*
*Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.*

*Moga kita bertemu di syurga ALLAH*

*Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:*

*1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...*

*2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...*

*3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...*

*4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...*

*5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...*

*6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...*

*7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...*

*Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.*

*Maka.. senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....*

*Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.*

*Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.*

*Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan.*

  *Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.*
✍
*(Manfaatkanlah masa yang mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)*
✅

 *NURR KALAMULLAH* 

Mukjizat Puasa Melawan Barah

Pakar Barat Iktiraf

Dr Alexis Carrel, seorang pakar bedah dan ahli biologi Perancis yang juga penerima Anugerah Nobel dalam Fisiologi pada 1912 menyatakan dalam bukunya Man the Unknown“Frekuensi, keteraturan dan kecukupan makan dapat menghentikan sebuah fungsi yang memainkan peranan besar dalam kelangsungan bangsa manusia iaitu fungsi adaptasi dengan kekurangan makanan. Oleh kerana itu, sesekali manusia mesti berpuasa.”

“Puasa memiliki kesan bak tongkat sakti yang menyembuhkan penyakit akibat gangguan fungsi pencernaan dan pesakit yang diterapi pun melihat keajaiban luar biasa. Jenis penyakit berikutnya yang paling efektif disembuhkan dengan puasa adalah penyakit darah, kemudian penyakit tulang seperti reumatik.”

Dr Edward Dewey berjaya mengubati penyakit pada perut, busung air dan sejumlah radang di samping kelemahan dan kegemburan tubuh melalui terapi puasa. Ludwick Carnaro seorang ilmuan dari kota Bunduqiyyah (Itali) pada abad Renaissance ketika itu berusia 83 tahun menulis beberapa naskhah manfaat puasa.

Di Jerman, Dr Frederick Hofmann menemukan bahawa puasa boleh membantu mengubati penyakit epilepsi, bisul, kanser darah, katarak, tumor gusi, gusi berdarah dan borok pada mata. Beliau juga menyarankan para pesakitnya yang menderita penyakit apa pun untuk tidak mengambil sebarang bentuk makanan.

Di Rusia, Dr Peterfinia Minovdari Universiti Moskow dalam sebuah tesis pada 1769 menganjurkan untuk meninggalkan makanan secara total selama masa sakit dengan alasannya, “Puasa memberikan masa tenang pada perut yang memungkinkan orang sakit untuk melakukan pencernaan dengan seimbang begitu ia sembuh dan makan lagi.” Dr B.J. Sbaskiy dari universiti yang sama merumuskan, “Puasa memberikan ruang terjadinya peningkatan pengubatan dari dalam tubuh, tanpa suntikan dari luar. Dan ini adalah ubat penyembuh pelbagai penyakit kronik.”

Pada 1984, Dr Soliman dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa Ramadan. Berat badan mereka ditimbang di awal dan akhir Ramadan. Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar kortisol, testosterone, sodium, kalium, urea, glukosa, kolesterol dan asid lemak . Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr F. Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan. Berat badan mereka ditimbang dan pemeriksaan darah dilakukan untuk mengukur kadar glukosa, bilirubin, kalsium, fosforus, protein, albumin, hormon perangsang folikel, hormon perangsang tiroid, testosterone, prolaktin, hormone luteinizing, tiroksin-4 dan tiroksin-3 dilakukan sebelum Ramadan dan pada hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadan.

Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) meningkat. Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan. Dr Shahid Athar dalam Islamic Perspectives in Medicine menjelaskan perubahan tersebut memberi kesan baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak.

Sebenarnya sudah lama manfaat puasa ditemui kerana rumusan doktor terkenal di zaman Rasulullah SAW, Al-Haris bin Kaldah apabila ditanya tentang esensi ubat terbaik dan jawapannya ialah diet berpuasa kerana perut adalah rumah bagi segala penyakit. Sebab itulah Ibnu Sina dalam Al Qanun Fi Al-Tibb juga mengesyorkan manusia mengelak daripada makan dengan kenyang sehingga tiada ruang untuk baki makanan lain di dalam perut. Ia sesuai dengan sabda baginda riwayat Bukhari dan Muslim, “Orang beriman makan dalam satu usus, sedangkan orang kafir makan dalam tujuh usus.”

Merehatkan Tubuh

Setelah tubuh digunakan sepenuhnya selama tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun, walaupun tidak digunakan berterusan selama 24 jam. Pengarang buku The Hygienic System Volume III: Fasting and Sun Bathing for Healing Disease, Herbert M. Shelton menyenaraikan manfaat berpuasa pertamanya kepada kerehatan fisiologi kepada semua anggota tubuh badan selain membuang toksik dan memperbaharui sel-sel tiru.

Buang Racun dan Toksik

Secara dasarnya puasa adalah salah satu proses pembersihan atau detoksifikasi yang baik. Dr Mc Fedan seorang pakar perubatan antarabangsa menjelaskan, “Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekali pun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan berkumpul di dalam badan lalu menjadikannya seperti orang sakit dan membebankannya, maka keaktifannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin tersebut dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak pernah dialami sebelum itu”.

Toksin masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan memandangkan kebanyakan makanan pada masa ini mempunyai toksin melalui bahan-bahan penambah perisa, pewarna, pengawet dan bahan kimia lain. Malah toksin juga terkandung dalam udara yang tercemar. Akhir sekali, toksin turut dihasilkan dari dalam tubuh iaitu sisa-sisa pembakaran melalui sel-sel yang mengalir dalam darah seperti gas karbon dioksida, urea, keratin, ammonia, sulfur, asid urik, sisa-sia makanan yang telah dihadam dan gas-gas beracun yang terhasil daripada penapaian dan pembusukkan makanan seperti indole, skatole dan fynole.

Malah ia melindungi tubuh dari pembentukkan batu karang dengan peningkatan kadar natrium dalam darah dan unsur polina dalam air kencing yang akan menghalang penghabluran garam-garam kalsium yang akan membentuk batu-batu kecil di saluran air kencing.

Pembaharuan Sel-Sel Tisu

Seorang saintis pakar, Upton Sinclair berkata, "Perkara terbesar yang diberikan kepada kita melalui berlapar, ialah satu peringkat kesihatan yang baru. Demikian itu kerana organ-organ akan diperbaharui secara menyeluruh yang mana tugas-tugasnya yang pelbagai akan menjadi bertambah baik seterusnya menjadi lebih aktif. Tubuh akan diberikan peluang terbaik untuk dibersihkan daripada timbunan toksik-toksik dan kumuhan-kumuhan di antara ruang-ruangnya serta pada teras tisu ototnya".

Carlson dan Kunde daripada Jabatan Fisiologi, Universiti Chicago dalam Journal of Metabolic Research telah membuktikan dalam eksperimennya bahawa berlapar untuk jangka masa seminggu memadai untuk pembaharuan sementara tisu-tisu di dalam tubuh seseorang manusia yang berumur 40 tahun dengan mengembalikan keadaan tisu-tisu tersebut kepada tugas (fisiologi) yang menyamai keadaan seseorang yang umurnya 17 tahun sementara berlapar dalam jangka masa 30 hingga 40 hari akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak lima hingga enam peratus.

Kecerdasan Mental dan Emosi

Apabila badan bebas daripada bahan-bahan toksik terutama di dalam darah maka kemampuan berfikir akan mampu ditingkatkan dan emosi menjadi lebih stabil. Tenaga yang tidak diperlukan oleh usus dalam proses penghadaman akan dihantar ke otak untuk proses berfikir semasa hari pertama hingga hari ketiga berpuasa. Daniel Golemen dalam bukunya Emotional Intelligence menulis tentang kajian seorang ahli psikologi terhadap sekumpulan kanak-kanak berumur empat tahun dan pemerhatian selepas 14 tahun kemudian iaitu semasa mereka tamat persekolahan menengah menunjukkan bahawa kebolehan menahan nafsu makan menjadikan mereka lebih pandai dalam pelajaran, mempunyai emosi yang stabil, dapat mengawal perasaan dalam keadaan tertekan, lebih berdikari dan disukai rakan.

Mencegah Penyakit Mental dan Jiwa

Puasa adalah suatu pencegahan daripada penyakit mental dan jiwa yang telah terbukti dalam menangani penyakit ‘split personality’. Dalam satu kajian terhadap 1,000 pesakit mental yang membiasakan diri berpuasa, pemeriksaan semula selepas enam tahun mendapati 65 peratus daripada mereka mengalami perubahan positif. Dr Yuri Nikolayev daripada Institut Psikologi di Moscow menyimpulkan, “Rawatan dengan berlapar memberikan kerehatan kepada semua sistem saraf dan minda. Tubuh dibersihkan daripada racun-racun dan tisu-tisu serta pelbagai kelenjar akan diperbaiki. Merehatkan minda membentuk asas rawatan untuk pelbagai gangguan‘neuropsychiatric’. Puasa merupakan kaedah rawatan dalaman tanpa melalui proses pembedahan.”

Aktifkan Organ Reproduksi

Berdasarkan hasil kajian di laboratorium haiwan Lembaga Penelitian Ternak, Amerika Syarikat terhadap 846 ekor ayam telur yang produktivitinya telah menurun, terbukti bahawa 75 peratus ayam-ayam tersebut dapat kembali bertelur setelah diberikan terapi puasa selama 10 hari. Sebelumnya ayam-ayam tersebut telah menjalani masa bertelur antara 12 hingga 14 bulan.

Peningkatan fungsi organ reproduksi ini berkait dengan peremajaan sel yang membawa perubahan pada sel-sel urogenitalis dan jaringan-jaringan organ reproduksi wanita. Di masa inilah berlakunya perubahan metabolik terutama kelenjar-kelenjar endoktrin induk telur yang menghasilkan lebih banyak estrogen dan progesteron. Ketinggian kadar kedua elemen ini dapat meningkatkan fungsi organ reproduksi dan kesuburan.

Awet Muda

Majalah Britain, Nature telah mendedahkan satu kajian saintifik bahawa puasa yang terancang atau separa akan menyebabkan keaktifan pada gen-gen yang berfungsi untuk merembeskan hormon-hormon yang akan membantu sel-sel untuk melambatkan proses penuaan terhadap manusia dan juga hormon-hormon yang akan menambahkan keaktifan tubuh. Hasil-hasil daripada kajian ini telah mengenal pasti bahawa proses penyediaan makanan dan penghadaman akan menghasilkan bahan-bahan beracun yang akan merosakkan sel-sel. Manakala pengurangan kuantiti makanan disertai dengan melakukan pergerakan yang banyak untuk membakar tenaga akan meningkatkan kesihatan dan dapat menghentikan proses pemusnahan.

Ia kemudian akan merendahkan proses metabolisme, menghasilkan protein yang efektif, meransang sistem imun dan pertambahan penghasilan hormon menyebabkan proses rejuvenasi atau permudaan yang akan memberikan jangka hayat yang lebih lama.

Dr Otto Buchringer dalam kajiannya menunjukkan bahawa berpuasa meremajakan sel-sel tubuh yang menua seperti panduan teori zat sisa. Ia juga disokong oleh kajian Allan Cott dalam bukunya Why Fast dengan dapatan puasa mampu berikan kesan awet muda, membersihkan badan, menurunkan tekanan darah dan kadar lemak, mengembalikan libido, mengendurkan ketegangan urat, menajamkan pancaindera dan boleh melambatkan proses penuaan. Sarjana biokimia Rusia, Vladimir Nikitin menyimpulkan bahawa tanpa memperoleh makanan, proses ketuaan manusia boleh dilewatkan. Beliau kemudian menguji puasa ke atas tikus putih yang biasa hidup selama dua setengah tahun dan hasilnya tikus tersebut boleh hidup sehingga empat tahun.

Kulit Cantik

Pakar kulit dari Universiti Kaherah, Dr Muhammad Dawahiri menyatakan, “Hubungan antara makan dan penyakit-penyakit kulit erat sekali. Kerana itu, berpuasa untuk suatu masa dapat mengurangi kadar air pada tubuh dan darah. Seterusnya mengurangkan kadar air pada kulit sehingga kulit mempunyai pertahanan yang kuat menghadapi penyakit-penyakit kulit yang diakibatkan oleh bakteria (mikrobia).”

Dengan berpuasa seluruh sistem kulit dapat berehat dan membebaskan semua beban berat yang diisi selama setahun. Antara penyakit kulit yang boleh dirawat dengan amalan puasa ialah jerawat, artekaria dan eksim.

Akhirnya terbukti bahawa puasa bukan sekadar satu ritus ibadah tetapi satu terapi mukjizat untuk kesihatan dan kelestarian hidup manusia. Walaupun dengan penemuan kajian saintifik sebegitu banyak, manfaat berpuasa adalah lebih daripada itu seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 85, “Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja” dan umat Islam sewajarnya menyambut seruan dalam Surah Toha ayat 144, “Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu,” dengan bukan sahaja berpuasa di siang hari tetapi juga berpantang makan di malam hari dan berpuasa bukan sahaja 29 hari daripada 365 hari lainnya.

Untuk permulaan mungkin boleh bermula dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal, puasa hari Arafah, puasa hari Asyura, puasa tiga hari setiap bulan Qamariyah, puasa-puasa pada bulan Syaaban dan jika mahu lebih mencabar adalah puasa sunah Nabi Daud AS iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa secara berselang-seli.

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...