PENGERTIAN BERKAT

PENGERTIAN BERKAT


Berkat atau barokah adalah sesuatu yang diinginkan oleh hampir semua hamba yang beriman, kerananya orang akan mendapat limpahan kebaikan dalam hidup.


Barokah bukanlah cukup & mencukupi saja, tapi barokah ialah bertambahnya ketaatanmu kepada الله dg segala keadaan yang ada, baik berlimpah atau sebaliknya.


Barokah itu : 

"Albarokatu tuziidukum fi thoah" (Barokah itu adalah yang menambah taatmu kepada الله)


Hidup yang barokah bukan hanya sihat, tapi kadang sakit itu justeru barokah sebagaimana Nabi Ayyub عليه السلام, sakitnya menambah taatnya kepada الله.


Barokah itu tak selalu panjang umur, ada yang umurnya pendek tapi dahsyat taatnya seperti  Mus'ab bin Umair.


Tanah yang barokah itu bukan kerana subur & panoramanya indah, kerana tanah yang tandus seperti Makkah punya keutamaan di hadapan الله tiada yg menandingi.


Makanan barokah itu bukan yang komposisi nutrien dan khasiatnya lengkap, tapi makanan itu mampu mendorong pemakannya menjadi lebih taat setelah makan.


Ilmu yg barokah itu bukan yang banyak riwayat & catatan kakinya, tapi yang barokah ialah yang mampu menjadikan seorang menitiskan peluh & darahnya dalam beramal & berjuang untuk agama الله.


Penghasilan barokah juga bukan gaji yg besar & bertambah, tapi sejauh mana ia dapat  menjadi jalan rezeki bagi yang lainnya & semakin banyak orang yang terbantu dengan penghasilan tersebut.


Anak yang barokah bukanlah saat kecil mereka lucu & comel atau setelah dewasa mereka sukses bergelar, mempunyai pekerjaan & jawatan hebat, tapi anak yg barokah ialah yang sentiasa taat kepada Rabb-Nya & kelak di antara mereka ada yang lebih solih & tak henti-hentinya mendo'akan kedua orang tuanya.


Semoga segala aktiviti kita hari ini barokah


 بَارَكَ اللهُ فِيْك


"Barang siapa yg mengajarkan satu ilmu dan orang tersebut mengamalkannya maka pahala bagi orang yang memberikan ilmu tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut".


(HR.Bukhari Muslim)


SILA SHARE DAN SEBARKAN


No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...