TAKUT DAN HARAP (KHAUF WAR RAJA')

TAKUT DAN HARAP (KHAUF WAR RAJA')

Takutlah hanya kepada Allah,
Jangan takut kepada makhluk.
Berharaplah hanya kepada Allah,
Jangan pernah berharap kepada makhluk.

TAKUTLAH DAN HARAPLAH HANYA KEPADA ALLAH
Ini bukan sekadar kata2 lagi.
Tetapkan terus ke dalam hati,
Sesungguhnya tiada yang aku takut melainkan Allah
(La akhafu illa Allah)
Sesungguhnya tiada lagi yang aku harapkan melainkan Allah
(La arju illa Allah)

Benarkanlah dengan lidah dengan perkataan yang baik-baik yang semata-mata membesarkan Allah atau hanya berdiam tongkat lidah tanda hati yang telah tertetap dengan ketakutan dan harapan hanya kepada Allah,

Apabila diuji dengan seauatu,
Buktikan terus dengan perbuatan,

Allah berfirman,
Mintalah prtolongan dengan sabar dan solat
Maksudnya, kerjakan bukan duduk diam. Nak dapat bantuan-Nya buatlah kerja. Serahkan diri kembali (rujuk) kepada-Nya dengan taubat dan muhasabah.
Sabar dengan penuh pengharapan dan bersangka baik,
Solat dengan penuh khusyuk dan khudu' tanda hati yang takut dan tunduk hanya kepada Allah Tuhan Sekelian Alam.

Maka pasti Allah membantumu.
Sesungguhnya pertolongan Allah teramtlah dekat,
Tetapi mungkin shaja kita tidak merasai ditolong kerana kita tidak merasai Allah sntiasa mmerhati dan bersama kita. Padahal mungkin shaja prtolongan ada di depan mata (petunjuk) tetapi disebbkan sombongnya kita tidak mahu merendahkn diri kepada-Nya (solat) maka buat mata hati kita. Dan.mungkin saja hati kita masih penuh dengan pengharapan dunia dan.makhluk-Nya maka bukan kepada-Nya. Maka bagaiamna boleh kita nampak?


TAKUTILAH ALLAH SESUBGGUHNYA AZABNYA TERAMAT PEDIH
HARAPLAH KEPADA ALLAH SESUNGGUHNYA RAHMATNYA MELIPUTI TIAP2.SESUATU



AKHLAK MULIA DAN TUTUR KATA YANG BAIK ADALAH PEMBERAT UTAMA DI DALAM TIMBANGAN MIZAN

AKHLAK MULIA DAN TUTUR KATA YANG BAIK ADALAH PEMBERAT UTAMA DI DALAM TIMBANGAN MIZAN


Amalan yang berpahala besar dan berat dalam timbangan tidak hanya terhasil dari pada amal ibadah semata. Hakikatnya akhlak mulia dan berkata baik juga adalah penyumbang terbesar pada beratnya timbangan amal hingga melebih amal ibadah yang lain tatkala , amal ibadah tanpa diusuli dgn akhlak yang baik ini belum menjaminkan seseorang itu utk ke Syurga.

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ
“Tidak ada sesuatu amalan yang jika diletakkan dalam timbangan lebih berat dari akhlaq yang mulia. Sesungguhnya orang yang berakhlaq mulia dapat mencapai darjat orang yang rajin puasa dan rajin 
shalat.”

(HR. Tirmidzi no. 2134. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih Al Jaami’ no. 5726.)

Dalam riwayat Tirmidzi haditsnya dinyatakan hasan shahih disebutkan pula hadits dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فhtmِيْزَانِ المُؤْمِنِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الخُلُقِ، وَإِنَّ اللهَ يُبْغِضُ الفَاحِشُ البَذِي
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat selain
akhlaknya yang baik. Allah sangat membenci orang yang kata-katanya kasar dan kotor.


Biar kita tak cantik, asalkan akhlak kita baik, biar kita tak ramai kawan dari ramai musuh. Biar orang benci kita asalkan Allah sayang, biar kita miskin dari kaya yg menghina orang, biar kita tak pandai, asalkan kata-kata kita beradab.


Usaha atas golongan wanita

Usaha atas golongan wanita

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.

Kerana itulah, wanita hari ini harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini.  Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.

Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.

Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga  perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.

Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.
PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu

Wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.

Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.

Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'. 

Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.

PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
Sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
Usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)

PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
Hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.
Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
Rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.

PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
Wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
Dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
Ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
Ajar anak-anak membaca Al-Quran.

PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
Hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
Jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
Jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.

PESANAN KEENAM : Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
Galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah.
Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
Kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....
Aamiin


PESAN INDAHdari Ust. Arifin Ilham

*PESAN INDAH*
dari Ust. Arifin Ilham :
Assalamu'alaikum Wr. Wb.. Cerdasnya orang yg beriman adalah, *dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat & yg sekejap untuk hidup yg panjang.. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.*
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, *tapi rindukan mati.* Karena, *mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.* Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, *tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,* maka *sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan.*
Hendaknya kita *selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari.* Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah :
●Pertama,
*Tahajjud*  karena kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.
●Kedua,
*Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari.* Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.
●Ketiga,
*Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh.* Sebelum melangkah kemana pun *langkahkan kaki ke Masjid, karena Masjid merupakan pusat Keberkahan,* bukan karena panggilan Muadzin *tetapi panggilan Allah SWT,*yg memanggil orang Beriman *untuk memakmurkan Masjid Allah.*
●Keempat,
*Jaga Shalat Dhuha* karena kunci Rezeki terletak pada Shalat Dhuha
●Kelima,
*Jaga sedekah setiap hari.* Allah menyukai orang yg suka bersedekah, dan *malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yg bersedekah setiap hari.*
●Keenam
*Jaga wudhu terus menerus*, karena Allah menyayangi Hamba2-nya yg berwudhu.
Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, *“Orang yg selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat,* dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, *"ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”.*
●Ketujuh,
*Amalkan Istighfar setiap saat.*
Dengan Istighfar *masalah yg terjadi karena Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.*         *Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud*, yaitu :
*1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah :*
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : *" Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".*
*2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat :*
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya:  *Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".*
*3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya :*
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: *" Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".*
Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik *maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.*
*Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga.*
Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 Org..
*SEKECIL* apapun Amal Ibadah, Allah SWT menghargainya PULUHAN kali lipat...
Semoga Kita semua termasuk dlm Golongan Org2 yang Bertaqwa,, Aamiin... *tolong Baca sebentar aja Kita Dzikir sebentar ingat اَللّهُ ...*
*"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”*
Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT
آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Jangan Mengurus Urusan Orang Lain

 *Jangan Mengurus Urusan Orang Lain*
Fitnah dihujung jari, zaman kita sekarang ramai yang suka bangkitkan sesuatu isu, lalu laju saja tangannya gatal meng'share'nya di whatsApp, Facebook dan lain-lain. Meng'comment'nya, maki sana, maki sini, tanpa tahu kesahihan atau tidak hal itu, dan yang paling hairan tiada kaitan pun dengan dirinya."
"Yang akan dipersoal oleh Allah سبحانه وتعالى orang sebegini. Orang islam yang baik meninggalkan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengannya.
Tapi zaman kita sekarang suka menyebok hal yang tiada mengena langsung dengan dirinya, pasal apa? Hatinya problem."
"Hatinya kurang bersih untuk rapat hubungan dengan Allah سبحانه وتعالى sebab itu suka menyebuk hal orang lain. Jagalah diri kamu dari tempat yg bisa membuatkan kamu ditohmah. Jaga lisan dan tangan kita. Seseorang yg menjadi atau penyebab atau punca bagi tersebarnya fitnah itu tanggunglah dan akan mendapat azab yang pedih."
"Jaga tangan kita dan jari kita ketika menulis di facebook, di whatsapp dan laman sosial yang lain. Fitnah sekarang hanya dihujung jari saja. Jika dulunya tersebarnya fitnah dengan lisan. Tetapi kini lebih cepat dengan menggunakan media sosial."
"Kita Hidup di Zaman Fitnah. Fitnah-fitnah kini menjadi mainan dan suka-sukaan di akhir zaman. Dan fitnah yang paling hina dan berat adalah bila Dajjal menjelmakan diri. Yang mengikuti jalan Allah سبحانه وتعالى dan Rasul-Nya, akan sibuk dengan agama, adab dan menuntut ilmu. Mengenal Allah سبحانه وتعالى. Mencintai rasulullah ﷺ."
"Sedang yang mengikuti jalannya syaitan dan Dajjal, Akan sibuk menyebar fitnah dan membuka aib orang lain. Hendaklah kamu lari yakni memencilkan diri untuk menyelamatkan agama kamu yakni aqidah, iman & keyakinan kamu ketika ditempat kamu melandanya berbagai macam fitnah."
Wallahu a'lam
Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Shobihi wasalim.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
•••┈••••○❁❁○••••┈•••

Sedekah Dari Sumber Haram

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sedekah Dari Sumber Haram
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ دَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
Dari Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang saat itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta haram) ' (HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang solat tanpa berwuduk atau bertayamum, tidak akan diterima oleh Allah.
2.  Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah.
3.  Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta rampasan perang yang dicuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram.
4.  Sedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang  lain (ghulul), maka Ibnu Rajab menyatakan sedekah tersebut tidak diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
21hb Februari  2018
05hb Jamadil Akhir 1439H

Etiquette of Supplication: Turning Palms Upwards.

Etiquette of Supplication: Turning Palms Upwards.

عَنْ مَالِكِ بْنِ يَسَارٍ السَّكُونِيِّ ثُمَّ الْعَوْفِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ بِبُطُونِ أَكُفِّكُمْ وَلَا تَسْأَلُوهُ بِظُهُورِهَا
Narrated from Malik ibn Yasar as-Sakuni, al-Awfi: The Prophet (ﷺ) said: “When you make du'aa (requests) to Allah, do so with the palms of your hands, and not backward.”
Source: Sunan Abi Daud No: 1271
Grade: Saheeh.
Lessons:
1. One of the etiquette of making supplication is embedding within ourselves the highest sincerity and hope that it will be accepted by Allah.
2. The sincerity when making supplication is represented by the gesture of our hands - that is, turning our palms upwards - as if waiting for a response or gift from above.
3. Raise the palms at the same level as or higher than our faces, with the utmost sincerity when asking from Allah. One should make sure to not make half-hearted gestures such as resting the hands on the knees or thighs.
#FosteringBrotherhoodDrivingChange
#MalaysiaANationOfRahmah

KISAH LIMA PERKARA ANEH

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau
sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang
kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.


LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...