Sedekah Dari Sumber Haram

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sedekah Dari Sumber Haram
عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ دَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ
Dari Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang saat itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta haram) ' (HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.  Orang yang solat tanpa berwuduk atau bertayamum, tidak akan diterima oleh Allah.
2.  Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah.
3.  Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta rampasan perang yang dicuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram.
4.  Sedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang  lain (ghulul), maka Ibnu Rajab menyatakan sedekah tersebut tidak diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
21hb Februari  2018
05hb Jamadil Akhir 1439H

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...