Sesungguhnya kekurangan di dunia bukan bererti hidup itu hina

Sesungguhnya kekurangan di dunia bukan bererti hidup itu hina, dan kesempurnaan di dunia juga bukan bermakna hidup itu mulia..

Kekadang kekurangan di dunia merupakan suatu kelebihan di akhirat sana, dan kesempurnaan di dunia merupakan suatu amanah yang akan dihisab di akhirat sana juga.

Jadi, jangan bersedih bila hidup serba kekurangan dan kesusahan di dunia kerana Allah pasti akan mempermudahkan urusanmu di akhirat sana, dan jangan terlalu gembira bila hidup serba sempurna dan bahagia di dunia kerana pasti akan banyaklah juga perkara yang dihisabkan oleh Allah Ta'ala di akhirat sana..

Setiap kekurangan itu akan wujudnya kelebihan, dan setiap kelebihan itu akan wujudnya juga kelemahan.. Allah itu Maha 'Adil :)

ISLAM ITU INDAH .

KELEBIHAN BERSEDEKAH

```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```Salam sedekah dari warga Cahaya Petunjuk

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata:

Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3 Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

9.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

10.Allah akan menutupi segala dukacita.

11. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

12. Mendapat darjat al-Sidq.

13. Ditunaikan segala hajat.

14. Salam sejahtera pada hari kiamat.

15. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

16. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

17. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

18. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

19. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

20. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

21. Tidak akan merasai fakir.

22. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

23. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat

24. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

25 .Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

26 .Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

27. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

28. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

29. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

30. Mendapat keberkatan daripada Allah.
Mendapat kesempurnaan iman.

31. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

32. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

33.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

34. Teguh pendirian dengan kebenaran.

35. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

36. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

37. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

38. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

39.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

40. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

10 Tips Supaya Taat Pada Suami Terasa Mudah

🗣🌹 *10 Tips Supaya Taat Pada Suami Terasa Mudah*

Ketika taat kepada suami terasa berat, berikut beberapa tips yang bisa kita upayakan untuk tetap menjadi istri yang taat pada suami:

1⃣. Lakukan karena ikhlas, yaitu karena kita ingin taat pada Allah dengan menaati suami. Dengan ikhlas, yang berat akan terasa ringan.

2⃣. Ingatlah, surga itu mahal. Para syuhada membelinya dengan darah mereka. Lantas kita ingin membelinya dengan apa?

3⃣. Ingatlah, dengan cara ini kita akan mendapatkan tempat yang istimewa di hati suami. Bukankah kita ingin menempati tempat yang spesial di hati suami yang tidak tergantikan dengan yang lain?

4⃣. Banyak bergaul dengan teman yang memiliki rasa horma dan taat kepada suami mereka. Teman-teman seperti ini akan mengajarkan kepada kita bagaimana bermuamalah dengan suami. Kita akan merasa malu melihat mereka begitu taat pada suami sementara kita masih suka ngeyel (tidak nurut).

5⃣. Membatasi bergaul teman yang suka mengatur dan membantah suami. Sering kali kesalahan teman kita menjadi pembenaran untuk kita sehingga melakukan kesalahan yang sama. ”Teman-temanku semua juga begini terhadap suaminya, memang wanita itu seperti ini.”

6⃣. Ingatlah bahwa salah satu sifat wanita calon penghuni surga adalah taat kepada suami. Ini menunjukkan bahwa sifat tersebut adalah sifat yang istimewa untuk dimiliki seorang wanita. Maka milikilah!

7⃣. Berdoalah supaya Allah memberi kita taufik untuk menjadi istri yang shalihah, yang taat pada suami, tidak meninggikan suara dihadapannya, menghormatinya, menjadi penyejuk pandangannya. Sehingga kehadiran kita menjadi bunga bunga penghias kehidupannya, yang jika kita tidak ada dia akan merasa kehilangan.

8⃣. Jika selama ini ternyata kita sebagai istri terlalu dominan, banyak mengatur suami, atau bahkan suka membangkang. Berubahlah, karena Allah menciptakan laki-laki menjadi pemimpin untuk wanita dan Allah menjadikan sifat taat pada suami menjadi sifat istimewa bagi wanita yang akan mengantarkannya ke surga.

9⃣. Jika perintah suami merupakan hal yang benar-benar tidak kita suka, padahal suami menginginkanya. Jangan membantahnya. Kalau kita ingin, lakukan dengan cara yang halus. Ambil hatinya, bujuk dan rayulah dia. Bukankan wanita itu punya banyak jurus untuk merayu sementara sifat laki-laki itu tidak tahan dengan rayuan wanita? Kenapa tidak kita gunakan untuk meluluhkan hati suami?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ
“Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menghilangkankan akal laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita.” (HR. Bukhari)

1⃣0⃣. Jika perintah suami adalah sesuatu yang haram. Peluklah dia dan nasehati dengan cara yang baik. Namun jika suami tetap memaksa, maka inilah sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam;

لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah ‘azza wa jalla” (HR. Ahmad)

Demikian, semoga Allah menjadikan kita istri yang shalihah, penyejuk pandangan dan penentram hati suami.

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

Seram sejuk bila baca ;

DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI
PADANG MAHSYAR ===============
========================
1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan
dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di
dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai
babi. Mereka adalah golongan yang malas dan
lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitkan dalam keadaan perut
membesar dengan di dalamnya penuh dengan
ular dan kala jengking kerana di dunia mereka
tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya
mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka
suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk
dan busuk daripada bangkai kerana ketika di
dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara
sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak
takut kepada Allah S.W.T.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus
kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian
palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah
kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam
keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua –
dua kakinya di atas kepala dan farajnya
mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air
kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina
dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang
hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi
api kerana ketika di dunia, mereka selalu
memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan
kusta kerana ketika hidup di dunia dia
menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,
giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai
ke dada, lidahnya sampai keperut manakala
perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan
perutnya penuh kekotoran kerana ketika
hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur
dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama
dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat
kerana golongan itu ketika hidupnya rajin
beramal soleh, meninggalkan maksiat dan
menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan
orang lain tidak membaca.
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain
dengan meng-Klik ‘‘BAGIKAN’’ agar orang lain
ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat
PAHALA. ‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur
man Qaala...’’
Sebar sebarkan..........
# AllahuAkbar

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...