Baik Sangka Dengan Allah Itu Menjadikan Kita Bahagia

*Baik Sangka Dengan Allah Itu Menjadikan Kita Bahagia*


Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya bertanya kepada siput:

"Wahai siput, apakah aku telah melakukan kesalahan, sehingga engkau begitu membenci aku?"

Siput menjawab :

"Katak, engkau mempunyai empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari. Tapi aku mesti membawa cengkerang yang berat ini, mengesut perlahan di tanah, hebatnya engkau berbanding aku. Jadi aku merasa sangat sedih dengan keadaan aku ini..."

Katak menjawab:

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya engkau saje yg melihat kegembiraan aku, tetapi engkau tidak melihat penderitaan aku (katak)"

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka. Siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak diterkam dan dimangsakan oleh helang itu...

Siput terharu...

Akhirnya barulah dia sedar...

Ternyata cengkerang yang di milikinya bukanlah satu beban... Tetapi adalah kelebihan yg diciptakan Allah kepadanya...

Oleh itu...

Nikmatilah kehidupanmu.

Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.

IRI HATI kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...

Rezeki itu tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & berkereta besar..

Rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang...

Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat sangat mahal nilainya...

"Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR...

Tetapi berSYUKURlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia...

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...