Shaykh Junaid Al-Baghdadi

Suatu hari, Shaykh Junaid Al-Baghdadi rh bersama dengan beberapa orang anak muridnya melalui sebuah pasar di bandar.
Secara kebetulan, seorang lelaki lalu dengan mengheret seekor lembu dengan tali, "Tunggu!" beliau berkata kepada lelaki itu. Beliau terus mengarahkan anak muridnya mengelilingi lelaki itu bersama dengan lembunya kerana ia ingin mengajarkan sesesuatu kepada mereka.
Lelaki itu berhenti kehairanan tetapi memandangkan Shaykh Junaid seorang guru yang terkenal, dia juga terasa ingin tahu apakah yang ingin diajarkan olehnya. Beliau bertanya kepada anak muridnya, "Aku nak tanya satu soalan, siapa yang terikat kepada siapa? Adakah lembu ini terikat dengan lelaki ini atau lelaki ini yang terikat dengan lembu ini?" Sudah tentu, anak muridnya menjawab bahawa lembu itu yang terikat kepada lelaki itu kerana dia adalah tuan dan sedang memegang tali yang mengikat leher lembu tersebut dan terpaksa mengikutinya ke mana sahaja dia pergi. Dia adalah tuan dan lembu adalah hamba.
Dia mengeluarkan gunting dan memotong tali. Lembu melarikan diri dan lelaki tadi terus mengejar lembunya. Shaykh Junaid berkata kepada anak muridnya lagi ,"Lihat! Apa yang berlaku sekarang, siapakah tuan yang sebenarnya? Lembu itu tidak berminat sama sekali pun dengan tuannya malah ia terus melarikan diri". Lelaki tadi sangat marah dan berkata, "Pengajaran apakah ini?"
Shaykh Junaid berkata,"Inilah yang berlaku dalam fikiran kamu semua! Segala perkara yang sia-sia dalam fikiran sebenarnya ia tidak tertarik pun kepada kamu semua. Kamu yang berminat dengannya dan entah bagaimana kamu terus menyimpannya di dalam benak fikiran dan tidak mahu melepaskannya. Namun, sebaik sahaja kamu semua hilang minat dan mula merasakan ianya adalah sia-sia, ia akan menghilang seperti mana lembu yang melarikan diri".
Ramai yang datang kepadaku bertanya,  "Bagaimana hendak menghentikan fikiran-fikiran yang jahat dan sia-sia?. Aku katakan, "Tidak perlu hentikan, apa yang engkau perlu lakukan adalah tidak berminat dengannya dan memotong talinya..."

No comments:

Post a Comment

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...