LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.

Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin.

Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk beberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil.

Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan, dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan. Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari Pulau Pinang.

Sejak dari itu, kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.

Mahsuri dididik dengan segala nilai seorang gadis melayu sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat demi mempertahankan diri.

Akhirnya Mahsuri membesar sebagai seorang dara pingitan yang menjadi sebutan dan rebutan kerana sifatnya dan kejelitaannya yang dikatakan cukup luar biasa.

Kemahsyuran Mahsuri bukan setakat terbendung di Kampung Mawat dan Mukim Ulu Melaka (tempat tinggalnya), malah seluruh Pulau Langkawi.

Namun selain dari kemahsyuran yang disebut orang, sedikit sebanyak membuahkan rasa iri hati terutamanya di kalangan kaum wanita, yang tidak senang melihat kebanyakan lelaki memuji-muji Mahsuri.

Ini termasuklah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora.

Rasa amarah membara apabila Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri.

Demi mengelakkan rumah tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan keinginan terhadap Mahsuri.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan besar-besaran dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh di sudut hati, cemburu masih ada.

Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagai isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.

Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku.

Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama, Mahsuri sedang hamil anak yang sulung.

Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orang Langkawi dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini termasuklah Wan Darus.

Dengan hati yang berat, Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi.

Untuk menghilangkan rasa rindu terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau sedang sarat mengandung.

Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang dinamakan Wan Hakim.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi, seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah tempat bernama Batu Bara di Acheh.

Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri, Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair.

Kebolehannya itu menarik perhatian penduduk setempat berkumpul di rumah Pandak Mayah hampir setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.

Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam di hati. Tambahan pula kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri.

Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...

Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan di situ, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya.

Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri.

Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang.

Lantas, Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang.

Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora dalam diam tersenyum puas...

Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri.

Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri, bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan.

Mahsuri dibawa ke tempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.

Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri.

Pandak Mayah dan Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu.

Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada di tempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi dan melukakan tubuhnya!

Keadaan ini memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib kepadanya.

Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.

Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam.

Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri!

Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya, Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman...

" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya, sesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Dan lebih memeranjatkan, darah yang mengalir dari luka tikaman itu berwarna putih, membuktikan penganiayaan yang berlaku ke atasnya, namun segalanya sudah terlambat. Mahsuri terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir.

Kuasa Allah Yang Maha Besar, kilat sabung menyabung dan ribut melanda Padang Mat Sirat. Kejadian yang menyusul kematian Mahsuri membuktikan yang dia tidak bersalah dan orang ramai mula mengutuk tindakan membabi buta yang dilakukan oleh Datuk Pekerma Jaya. Tapi, segalanya sudah terlambat...

Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Kuala Muda namun kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi apabila menerima berita kematian isteri tercinta.

Harapan untuk kembali bersama keluarga yang sekian lama dirindui punah dan hancur. Dengan itu, bersama langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan meninggalkan Langkawi yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama anaknya Wan Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi, keadaan masih belum berakhir di Langkawi...

Tentera Siam mara ke seluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau Langkawi, genap tujuh hari selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur dan kematian berlaku dimana-mana.

Datuk Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh tentera Siam dan mayatnya dicampak ke Sungai Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol dan dijadikan hamba abdi oleh tentera Siam.

Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi menerima padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi, sebaliknya Langkawi hanya mampu menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi selama tujuh keturunan kemudiannya...

Wallahua'lam...

Kredit:
Faizal Rahmat
infinatus-lagendamelayu.blogspot

#mat martopo
-Debu-

Kelebihan Sedekah

```Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```

MOMENTUM ISTIGHFAR

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Annas&Ustaz Mohd Elyas Ismail)

*MOMENTUM ISTIGHFAR*

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Istighfar adalah penawar.

Ketaatan mengundang rahmat,maksiat mengundang laknat.

Allah suruh minta ampun, taubat dan kembali kepada Allah.


ZIKIR DAN KEHIDUPAN UMPAMA IKAN DAN AIR,BAGAIMANA NAK RASA ZIKIR MAKIN DEKAT DGN ALLAH DAN SEMAKIN TUNDUK PADA ALLAH?

Zikir atau istighfar mesti diiringi dgn sebutan(boleh menitis air mata)perbuatan(hindar diri buat yg Allah larang)zikir dari hati.


BAGAIMANA NAK DAPAT KEJAYAAN DGN ISTIGHFAR?

Amalan yg terbaik adalah amalan yg sederhana tapi berterusan(istiqamah).

Jangan tinggal istighfar lepas sembahyang sebanyak 3kali.

Bagi org yg nak pergi temuduga boleh amalkan Surah Hud ayat 32.

Dgn istighfar Allah akan beri kekuatan.


APAKAH DAPAT PAHALA ISTIGHFAR TANPA WUDUK?

Tak semestinya berwuduk baru nak beristighfar tapi memang lebih baik jika beristighfar dalam keadaan berwuduk.


AMALKAN PENGHULU ISTIGHFAR

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


JIKA MANUSIA BUAT KESALAHAN DAN TERUS ISTIGHFAR APAKAH DIA TERLEPAS DARI DOSA ITU?

Setiap anak Adam melakukan dosa dan sebaik~baik org yg melakukan dosa adalah org yg bertaubat.

Ciri² ahli syurga ialah dia buat dosa dan bersegera minta ampun.

Allah akan ampunkan dgn syarat minta ampun dgn Allah.

Pada zaman Nabi ada anak muda yg bercium dgn seorang perempuan dan nak bertaubat,Nabi kata sesungguhnya dgn buat kebaikan dapat memadamkan kesalahan yg lalu.

Dgn bersedekah,berkhidmat utk masyarakat mudah²an dapat memadamkan dosa² yg lalu.


KELEBIHAN ORG YG AMALKAN BERISTIGHFAR:

1)Allah kurniakan limpahan nikmat.

2)Allah akan jauhkan dari azab siksa.

3)Allah kurniakan kekuatan.

4)Allah akan makbulkan permintaan seseorang.


KITA MANUSIA BIASA BUKAN MAKSUM,APAKAH PERCAKAPAN KITA(cth mengumpat dan tersedar terus istighfar)ADAKAH DOSA KITA GUGUR?

Apa yg kita buat akan dipaparkan di padang Masyar.

Amalkan doa penutup bicara selepas bicara.

Rahmat Allah,baru niat nak buat baik,sudah diberi pahala.

Allah beri peluang utk kita bertaubat seluasnya.

KETIKA KITA BUAT DOSA MALAIKAT TAK TERUS MENCATAT DOSA KITA DAN ALLAH BERI 6-7 JAM PELUANG UTK KITA SEBUT أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ.


BOLEHKAH BACA PENGHULU ISTIGHFAR DALAM BAHASA MELAYU?

Sebagus~bagusnya baca dalam bahasa arab.

Dalam usaha melatih baca dalam bahasa arab,boleh juga baca dalam bahasa melayu.


APAKAH ISTIGHFAR SEORANG ANAK AKAN SAMPAI KEPADA IBUBAPA?

Anak itu nikmat dan anak yg soleh itu rahmat.

Minta pada Allah kita dapat anak yg baik utk dirinya sendiri dan dapat anak yg boleh membaikkan org lain.

Di syurga Allah angkat darjat org yg soleh.

Org yg soleh itu pelik kerana darjatnya diangkat.

Allah kata Allah angkat darjatnya kerana istighfar dari anaknya.

Dan jika kita menyeru org buat kebaikan,Allah akan beri juga pahala kepada ibubapa.

JAGA HUBUNGAN DGN ALLAH DAN JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.


KITA SELALU ZIKIR BUAT SIKIT²(cth buat istighfar sikit,zikir² lain sikit² kerana semua zikir baik²) BOLEHKAH USTAZ?

Nabi telah ajarkan banyak zikir².

Zikir ialah penawar jiwa² yg lara.

Utk redakan ketegangan adalah dgn zikir.


ADAKAH ISTIGHFAR SAHAJA TANPA KEINSAFAN AKAN DITERIMA OLEH ALLAH?

Istighfar boleh membangunkan jiwa.

Nabi Adam terima dari Allah kata² taubat dan Allah terima taubatnya.

Kita sebagai manusia belajar dan mengajar.

Lepas mengajar kita ada buat silap dan sebaik~baik org buat silap adalah bertaubat serta mengaku kesilapan.

NABI ADAM MENGAKU SILAPNYA SENDIRI.

BERBEZA DGN IBLIS HANYA MENYALAHKAN DAN TAK MENGAKU KESILAPANNYA.


APAKAH TANDA² ISTIGHFAR MEMBERI KESAN PADA PENGAMALNYA?

Tanda istighfar diterima Allah ialah hati akan ringan memaafkan org.

NABI BUAT BAIK PADA ORG YG BUAT JAHAT PADANYA.

Jom kita jadi org yg pemaaf kerana hidup pun tak lama.


BAGAIMANA ISTIGHFAR UTK IBUBAPA YG TELAH MENINGGAL?

Istighfar utk ibubapa ialah Ya Allah ampuni dosa ibubapaku dan kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil.

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا


BOLEHKAH KITA BERISTIGHFAR KETIKA BUAT KERJA RUMAH DAN APAKAH KUALITI ISTIGHFAR SEDEMIKIAN?

Allah suruh kita banyak ingat Allah ketika buat kerja supaya kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Buatlah zikir dimana~mana sahaja.

SEMUA INI ADALAH JALAN MENUJU KETAQWAAN.


BOLEHKAH TAMPAL أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ DALAM RUMAH UTK PERINGATAN?

Tak jadi masalah nak tampal doa² didinding.


IMAM HASSAN AL BASRI PERNAH MENGATAKAN PERBANYAKKAN ISTIGHFAR KETIKA BERJALAN,DIPASAR DAN DUDUK² KERANA KITA TAK TAHU PENGAMPUANAN ALLAH TURUN MASA BILA.


RASULULLAH PALING BANYAK ISTIGHFAR.


ISTIGHFAR DAH BUAT TAPI KESANNYA LAMBAT,DIMANAKAH SILAPNYA?

Kita tak boleh baca kesannya dari sudut pandangan manusia.

Semuanya dalam pengetahuan Allah.

Ketika kita rasa nak buat baik,itu adalah tanda² kasih sayang Allah sudah dicampakkan dalam hati.

Rasa nak istighfar itu juga tanda Allah sudi nak mengerakkan mulut kita sebut istighfar.


KITA BOLEH BERISTIGHFAR PADA BILA² DAN BANYAKKAN ISTIGHFAR KETIKA WAKTU SAHUR(ketika org sedang tidur).


#InShaaAllah_Aamiin

#BiarTahuJanganKeliru


C&p


KALAM IMAM JUNAID MENGENAI SIAPA YANG LAYAK MENYANDANG GELARAN AHLI TASAWWUF

KALAM IMAM JUNAID MENGENAI SIAPA YANG LAYAK MENYANDANG GELARAN AHLI TASAWWUF


Imam al-Junaid ketika ditanya orang mengenai makna tasawuf:


“Tasawuf adalah sebuah istilah yang menghimpun sepuluh makna:


a. Tidak terikat dengan semua yang ada di dunia sehingga tidak berlumba- lumba    mengejarnya. 


b. Selalu bersandar kepada Allah `azza wa jalla,.


c. Gemar melakukan ibadah ketika sihat.

 

d. Sabar kehilangan dunia (harta). 


e. Cermat dan berhati-hati membezakan yang hak dan yang batil. 


f. Sibuk dengan Allah dan tidak sibuk dengan yang lain. 


g. Melazimkan zikir khafi (zikir hati).

 

h. Merealisasikan rasa ikhlas ketika muncul godaan. 


i. Tetap yakin ketika muncul keraguan dan 


j. Teguh kepada Allah dalam semua keadaan. Jika semua ini berhimpun dalam diri seseorang, maka ia layak menyandang istilah ini; dan jika tidak, maka ia adalah pendusta. 


[Hilyat al-Awliya]

KEMURUNGAN/KESEDIHAN YG MELAMPAU?

KEMURUNGAN/KESEDIHAN YG MELAMPAU?


Tutupilah kesedihan/duka dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa yang baik. Buatlah jadual aktiviti seharian dengan teratur, kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali lagi. Ingatlah bahawa yg menciptakan sedih itu adalah Allah SWT dan kembalilah kepada Allah mudah2an Allah tukar kesedihan itu kepada yang lebih baik....

Justeru, seseorang yang telah mencapai tahap iman yang baik, ia akan merasakan segala bentuk musibah yang menimpa dirinya samada dalam bentuk kesedihan, kesusahan atau kesakitan adalah satu nikmat. Ia yakin bahawa musibah ini adalah ujian Allah untuk menguji ketaqwaan hambanya, sebaliknya ia akan merasa takut dan bimbang dengan kesenangan yang berterusan....


Sesekali Agama itu tidak menyusahkan TETAPI masalah kesusahan itu hadir apabila Agama tidak di ikuti...begitu juga dgn gembira, ia akan dikecapi apabila agama dilaksanakan dan kesedihan itu akan hadir apabila Agama dijauhi.

Jangan banyak murung, mengeluh banyak sangat, tension keterlaluan....

Penawar kesemua itu adalah dgn BERISTiGHFAR.


“Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”(Hadis riwayat Abu Daud)


Yakinilah sabda dgn sabdaan Nabi-Mu.....Baginda tidak berkata dgn hawa nafsu sebaliknya kata2 beliau adalah 100% BENAR dan berdasarkan Wahyu Allah yang Agung..


~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, 

Jangan tinggal SAYYIDUL ISTIGHFAR



Teruslah menyebarkan kasih sayang

*Salam Bahagia*

*Salam Ukhwahfillah*

*Sahabat2 Yg Dirahmati Allah*🖋



Teruslah menyebarkan kasih sayang walaupun ada orang menuduh kita ada niat-niat tersembunyi.


Teruslah melakukan kebaikan walaupun kebaikan kita tidak dihargai dan dilupakan orang.


Berikanlah yg terbaik meskipun ia tak dihargai manusia. Kerana akhirnya yang kita akan lihat semuanya adalah tentang kita dengan Allah swt, bukan antara kita dengan manusia.


 *Kebaikan dinilai oleh Allah bukan manusia*


Istiqomah

InshaAllah... 🖋


40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB


Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan Kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:

.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

.

5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.

.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.

.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

.

12. Mengajar adalah belajar.

.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

.

14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI

LAGENDA SUMPAHAN MAHSURI Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram...